Tuesday, May 5, 2009

Mata Juling, Kepala Pusing, Otak Berpaling...

Assalamualaikum dan Salam Mesra kepada kalian yang dikasihi sekalian...

Alhamdulillah, dapat juga akhirnya aku mencoret apa yang patut dalam warkah blog kali nie. Hmm, seperti mana yang anda semua sedar akan tajuk balog aku kali nie, mesti anda semua berfikir sejenak, mengapa tajuk aku begitu. Sebenarnya, aku laksanakan Latihan Industri aku sekarang nie di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Namun, apa yang mengejutkan aku adalah aku terpaksa berdepan dengan tugasan projek yang sama sekali bukan kehendak aku pun!

Aku tak tahu dengan situasi anda semua di tempat Latihan Industri masing-masing. Tapi, yang pasti, anda semua kebanyakannya sudah pun memulakan aktiviti melakukan kerja-kerja makmal. Aku pula, terpaksa menghadapi depan laptop, mencari segala informasi & maklumat yang berkaitan dengan tajuk projek aku. Plant Proteomics Product. Kalau anda semua sedar, tajuk tue semestinya adalah salah satu subjek yang paling payah sekali untuk dipelajari. Proteomics. Sudahlah aku belajar selama nie berkaitan dengan animal cell, tapi, kali nie aku didedahkan dengan objek yang sama sekali berlainan dengan apa yang aku pelajari sebelum nie. Plant. Plant Proteomics. Semestinyalah ada kelainan sedikit dalam projek nie. Atau, secara lebih tepat lagi aku akan belajar hampir kesemuanya perkara baru di sini.

Di sini, aku akan digandingkan dengan seorang lagi kelahiran FBB, UTM, iaitu Aslinda. Mahasiswi Biologi Tulen. Namun, yang membezakan projek aku & dia adalah extract yang kitorang gunakan. Aku guna Manjakani (Quercus infectoria) manakala Aslinda pula guna Mahogany (Switenia macrophylla).

Hari nie, seharian kitorang berdua terpaksa bersakit kepala mencari informasi berkenaan tajuk projek tue. Hari Khamis nie kitorang dijangka akan bentangkan apa yang kitorang dapat depan assistant supervisor kitorang. Tapi, petang tadi, kitorang diberitahu yang assistant supervisor kitorang akan masuk makmal esok pagi. Jadi, kitorang pun kenalah join sama-sama dengan dia. Maksudnya, kemungkinan besar kitorangnya pembentangan & perbincangan projek tue dibawa ke hari Jumaat. Insya Allah, minggu depan baru kitorang mula masuk makmal start buat projek tue.

OKlah. Aku rasa sampai di sini sajalah aku mencoretkan serba sedikit apa yang aku rasakan perlu dalam blog pada kali nie. Selepas nie, aku kena menghadap informasi yang aku cari tue untuk finalise segala kerja projek tue menjadi suatu ringkasan kelak. Insya Allah, jumpa lagi dalam warkah yang seterusnya.

Sekian, Wassalam dan Selamat Melaksanakan Projek Latihan Industri anda semua...

0 comments: