Monday, May 4, 2009

Pengalaman Hari Pertama...

Assalamualaikum dan Salam Ceria Wadah Bicara...

Alhamdulillah, hari nie selamat bermulanya hari pertama aku menjalani kehidupan Latihan Industri aku di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Hari nie bermula dengan aku diberi terlalu banyak ruang masa untuk meninjau-ninjau keadaan sekeliling. Hal nie terjadi kerana Penyelia Industri aku terpaksa ke Nilai pada pagi tadi untuk bertemu dengan pembekal di sana.

Jadi, aku dengan seorang lagi pelajar, rasanya kalau aku hebahkan namanya di sini, semestinya pelajar-pelajar 2 SSB & 2 SSG FBB pasti tahu siapa gerangan yang aku maksudkan tue. Aslinda, atau As. Dialah yang menjadi aku punya teman sepanjang aku menjalani Latihan Industri di sini kelak. Aku & dia hanya diberi penerangan tentang konsep projek yang bakal kami laksanakan pada jam 2.40 petang tadi. Tapi, projek yang bakal kami laksanakan nanti terlalu baru untuk kami terokai; plant proteomics product. Aiseh, projek nie sudahlah berkaitan dengan kesinambungan subjek protein separation techniques & enzyme technology. Aku bukannya mahir pun dengan subjek-subjek nie. Ya Allah, payahnya nak aku hadapi projek sebegini. Hanya Kau sajalah, Ya Allah, yang mampu membantu aku menghadapinya.

Baiklah, aku nak berehat sekarang nie. Kalau aku rajin, malam nanti aku sambung lagi coretan yang mampu aku luahkan dalam medium nie kelak. Insya Allah.

Sekian, wassalam dan Salam Beristirahat...

0 comments: