Saturday, May 16, 2009

Pemergiannya Sudah 7 Tahun...

Hmm...

Di kala nie, aku mengimbau kembali detik-detik di mana arwah nenek sebelah mama aku pergi buat selama-lamanya...

Tak aku sangka bahawa hanya disebabkan penyakit strok boleh menyebabkan nyawa berada di hujung tanduk...

Alhamdulillah, nasib baiklah aku sempat menjenguk arwah nenek aku sebelum dia sempat menghembuskan nafasnya di Hospital Alor Setar pada pukul 7.30 pagi, 16 Mei 2002...

Waktu 2, hanya mama aku & kakak sepupu aku saja yang berada di samping arwah, menemani sepanjang malam berada di hospital...

Aku & beberapa ahli keluarga yang lain hanya sempat melawatnya sehari sebelum pemergiannya. Sayu sungguh hati nie apabila melihatkan keadaan arwah...

Hanya linangan air mata saja yang mampu menceritakan segala-galanya...

Semoga nenek berada sebaris dengan orang-orang yang soleh & diberkati oleh-Nya...

Amin...

Al-Fatihah...

0 comments: