Syurga Cinta: Kenyataan Awal Ashaari Cetus Kontroversi...
Assalamualaikum dan Salam Saujana kepada anda semua...
"Dulu saya pelik juga mengapa ada wanita yang muda-muda lagi sudah mahu memakai tudung. Kini saya sudah tahu sebabnya dan saya lebih menghormati mereka."
Adakah Awal mengeluarkan komen sebegini hanya kerana untuk mempublisitikan filem Syurga Cinta nie atau sememangnya dia masih lagi cetek dengan ilmu agama nie? Hanya jawapan daripada dia saja yang mampu merungkai segala-gala kemusykilan yang melanda minda kita sekarang nie. Di pihak kita pula, sentiasalah beringat-ingat semasa mengeluarkan sesuatu kenyataan yang bisa mungkin berkait rapat dengan hal-hal agama. Sememangnya, hal-hal yang bersangkutan dengan agama jangan sekali-kali dipersenda dan diremehkan oleh kita sendiri. Beringatlah, siapalah kita di sisi-Nya. Fikir-fikirkan dan renungkan sejenak serta muhasabahlah diri kita sendiri sejauh mana taqwa kita di sisi-Nya.
Wallahu'ahlam.
Wallahu'ahlam.
Berita lanjut, sila klik di sini.
0 comments:
Post a Comment