Monday, June 1, 2009

Adakalanya Kita...

Hmm, keputusan Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi 2008/2009 telahpun diumumkan secara rasmi di laman rasmi sesawang AIMS2000. Nampaknya, keputusan yang aku dambakan kali nie tak begitu menjadi dan menyejukkan hatiku apabila memandangnya. Seakan-akan seperti dipalit rasa yang kurang enak apabila mengenangkan kembali keputusan tersebut.

Bak kata bidalan, "Hidup ini ibarat putaran roda. Adakalanya kita berada di atas, namun ada juga masanya kita rebah dan berada di bawah." Tapi, bagi aku pula, aku terfikirkan suatu perumpamaan baru yang secara tiba-tiba menjelma di awang-awangan akal aku petang tadi. Perumpamaan tue berbunyi, "Hidup ini bagaikan seperti sepohon pokok. Apabila ianya bercambah dan membesar hingga pucuknya mampu menggapai langit biru. Namun, apabila bijih benihnya bercambah dan bertebarkan jatuh ke bumi, akhirnya berada di situ sehingga bercambah kembali menjadi sepohon pokok semula. Hakikatnya, setiap kali sesi percambahan berlaku, terlalu banyak dugaan dan halangan yang perlu diatasi sebelum mampu berdiri gah sebagai sebatang pohon tersebut."

Walau apapun, aku bersyukur kerana masih lagi diberi nikmat dalam mengecapi kejayaan meskipun tidaklah seberapa jikalau dibandingkan dengan rakan taulan aku yang lain. Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya. Tak apa. Masih ada lagi peluang untuk aku buktikan bahawa aku mampu berdiri sebaris dengan mereka yang telah mengecapi kejayaan tersebut. Semoga, aku tabah dalam mengharunginya dan diberi kekuatan oleh-Nya dalam menghadapinya kelak. Insya Allah.

Semester 1 Sesi 2009/2010, akan aku bangkit memadamkan calar yang telah berparut di hatiku nie. Nantikan kepulangan aku dalam medan kejayaan kelak. Siap siaga wahai subjek-subjek untuk sesi hadapan.

Gempur Wira!

0 comments: