Monday, June 1, 2009

Lagi Soal Mengenai Had Bilangan Subjek SPM

Kemuka pandangan syor had subjek SPM: Alimuddin

KUALA LUMUR: Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, meminta semua pihak mengemukakan pandangan berhubung kewajaran langkah kerajaan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi emel beliau sendiri, iaitu alimuddin.dom@moe.gov.my

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini.


Komentar penulis: Lebih baik kaji skop isu ini dengan lebih mendalam dan kritikal sebelum diuar-uarkan ke medan media dan masyarakat. Jangan 'politikkan' isu pelajaran tapi bangkitkan semula sistem pendidikan agar ianya mampu melahirkan pelajar yang berkualiti untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi, misalnya universiti. Universiti tempatan tatkala ini ketandusan mentaliti pelajar yang berkualiti untuk memacu negara di masa hadapan (pemikiran yang sinergi dengan Naib Canselor UTM, Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Ujang dalam bukunya, Mengangkasa Pengajian Tinggi).

2 comments:

panod said...

setlekan dl PPSMI...
tetibe wat prob br

hidup bahasa melayu
bahasa jiwa bangsa

blajar arkitek gne bhse melayu
presentation gne bahasa melayu
haha
br la senang~

Hahaha...

Mengenai PPSMI, sepatutnya takkan ada masalah lagi dah...

Sekarang nie, persoalan yang ingin dilontarkan. Mengapa UKM tak ditabalkan sebagai salah satu universiti Apex walhal UKM pun usul proposal yang sama seperti USM?

Jawapannya adalah sebab kebanyakan ilmu yang ingin disampaikan bukannya bermajoritikan Bahasa Melayu...

Kebanyakan ilmu berada dalam lingkungan bahasa asing. Jadi, kalau nak memartabatkan Bahasa Melayu, bukan saja terhadap proses pengajaran & pembelanjaran, malah, dalam aspek kebudayaan & tatasusila masyarakat Malaysia yang terbawa-bawa dengan budaya kuning...

Renung-renungkan...