Saturday, June 20, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 15)

Gotcha. Lisa terkena akhirnya,” getus Amar seraya memegang tangan Lisa yang sedang mengurut dadanya. Memandang raut wajah cemas Lisa membuatkan Amir geli hati. Amar menguntumkan sekuncup senyuman terhadap Lisa.

“Oh, abang sengaja ya kenakan Lisa? Ni nak merajuk ni.” Lisa masam mencuka wajahnya tatkala mengetahui yang dirinya dikenakan oleh suami tercinta. Lisa mula menarik kembali tangannya yang sedang mengurut dada Amar sambil merautkan mimik wajah merajuk kerana usikan Amar sebentar tadi. Lisa menjauhkan dirinya dan memalingkan tubuh menghala bertentangan dengan wajah Amar.

“Pula. Merajuk sudah permaisuri abang nie. Sayang, janganlah macam tu. Bertambah sakit abang ni kalau Lisa buat sebegini terhadap abang,” ujar Amar lembut memujuk isterinya itu. Amar mengerti, Lisa sedang dilanda resah yang amat di jiwanya sedangkan dia sempat bergurau dalam keadaan yang sebegini rupa. Seharusnya, Amar mengerti situasi sebegini bukannya masa yang sesuai untuknya bergurau sebegitu rupa.

“Baiklah, sayang. Abang bersalah. Janganlah buat muka tu. Buruk benar rupa Lisa,” sambung Amar lagi selepas pujuk rayunya yang pertama masih tidak diendahkan oleh Lisa. Amar sedaya upaya mencapai jari jemari milik Lisa untuk dibawa menghampirinya. Akhirnya, dia berjaya menggenggam jari jemari tersebut. Lisa membiarkan jari jemarinya diratah oleh suaminya itu. Tidak melawan sekalipun. Membiarkan kehangatan cinta suaminya menular di permulaan jarinya.

“Abang jangan buat lagi tahu. Kalau tidak, Lisa…” Bibir Lisa ditutup oleh jari telunjuk kanan Amar. Menandakan bahawa tutur kata bicaranya tidak mahu diteruskan oleh Lisa terhadapnya. Menggeleng-geleng kepala Amar memberi isyarat.


Bersambung...

*Sekuel cerpan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments: