Tuesday, June 16, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 6)

“Lisa, Lisa! Amir, cepat! Pergi bawah sediakan kereta. Lekas! Abah nak bawa mama ke hospital sekarang,” arah abah terus terhadapku.

Aku turuti saja permintaan abah. Terkocoh-kocoh lagaknya aku melaksanakan apa yang diminta oleh abah sebentar tadi. Dalam hati ini, hanya Allah saja yang tahu betapa risaunya hati ini melihatkan keadaan mama. Doaku sudah menjadi seperti zikir yang membasahi hati aku tatkala ini. Ya Allah, Kau selamatkanlah nyawa mama dan adikku. Hanya Kau saja pelindung bagi kami dan tempat bagi kami meminta pertolongan. Di akalku, hanya tergambar wajah mama yang terbaring lemah tidak sedarkan diri yang sering berlegar-legar tanpa henti. Menayangkan filem yang aku sendiri tidak mampu untuk memberhentikannya. Masya Allah, tidak sanggup untukku luahkan apatah lagi memendamkannya. Bibir ini basah menyebut nama-Mu. Berdoa terhadap-Mu agar insan kesayangan aku diselamatkan oleh Kau. Hanya itu yang termampu aku lakukan. Hanya itu cuma…

**********

Abah termenung di suatu sudut di ruang tamu rumah. Hatinya masih lagi dirodok perasaan haru-biru. Mengenangkan insiden semalam. Segala-galanya musnah dalam sekelip mata. Anak yang dikandung mama meninggal dunia manakala mama pula masih lagi tidak sedarkan diri akibat insiden tergelincir di bilik air. Abah seperti hilang akal. Hilang warasnya. Aku sedih melihatkan abah yang sebenarnya tidak sabar menunggu menantikan kelahiran cahaya matanya itu. Namun, takdir dan kuasa Allah, semuanya hilang dan malap dalam sekaligus. Masih lagi aku terngiang-ngiang perbualan doktor yang merawat mama dengan abah semalam.

“Encik Amar, saya harap apa yang akan saya perkatakan selepas ni mampu Ecik Amar terima Qada’ dan Qadar-Nya,” ujar Dr. Syamsul memulakan perbualannya.

“Kenapa Dr.? Isteri saya ada masalahkah? Anak kandung isteri saya pula bagaimana?” bertalu-talu persoalan yang abah ajukan terhadap Dr. Syamsul sebelum sempat beliau menjawabnya.


Bersambung...

0 comments: