Tuesday, June 16, 2009

Cuti Lagi...

Hmm, begitulah keadaannya kini. Hari nie aku diberi cuti oleh penyelia industri aku. Semalam, aku sendiri yang mohon cuti untuk menghantar adik aku yang akan mendaftar sebagai seorang pelajar matrikulasi. Jadi, secara tak semena-mena, penyelia industri aku memberitahu pada hari Khamis lepas, iaitu pada 11 Jun 2009, mengatakan bahawa aku diberi cuti pada hari Jumaat (12 Jun), Isnin (15 Jun) dan Selasa (16 Jun).

Namun, aku menolak untuk tidak bercuti pada hari Jumaat tersebut. Sebabnya? Aku rasa terlalu banyak sangat cuti yang diberi kepada aku, maka akupun dengan rajinnya (hmm???), datanglah hari Jumaat tue. Penyelia industri aku awal-awal lagi dah memaklumkan kepada aku bahawa hari Jumaat berkenaan, beliau tidak akan hadir ke pejabat kerana urusan keluarga di kampung.

Syukur, alhamdulillah kepada-Nya. Cuti aku untuk hari Isnin tue diluluskan oleh penyelia industri aku. Tapi, Dia lebih mengerti. Untuk hari nie juga, aku diberi cuti. Bukan main kepalang lagi gembiranya di hati nie. Setidak-tidaknya, mampulah aku siapkan sebahagian besar laporan industri nie kelak. Rakan-rakan seperjuangan lain yang sedang menjalani latihan industri pula bagaimana? Telah kalian semua selesaikan seperti mana yang termaktub dalam Jawatankuasa Pelaksana Latihan Industri Fakulti? Insya Allah, harapnya kalian semua dah tahu apa yang patut dibuat dan diberi perhatian.

Baiklah, nak sambung siapkan laporan nie. Bahagian Research Methodology aje yang sedang disental secukup-cukupnya. Lepas nie, bahagian yang paling mengerikan; Discussion. Sobsob...

Good luck untuk kawan-kawan semua...

0 comments: