Friday, June 19, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 13)

“Mama, sudahlah tu. Yang dah terjadi, biarkan ianya pergi. Syukur, Alhamdulillah abah masih lagi diberi peluang untuk bersama-sama dengan kita lagi,”pujuk rayuku terhadap mama.

“Jom, mama. Kita masuk. Kita melawat abah dekat dalam. Jom.” Tanganku menarik tangan mama perlahan-lahan menuntunnya ke wad yang dimaksudkan oleh Dr. Haris sebentar tadi. Mama hanya menuruti saja. Tangisannya sudah reda berbanding tadi.

306. Bilik wad yang dihuni oleh abah. Pintu bilik dikuak perlahan-lahan. Saat diri ini melangkah masuk, mata terus tertancap pada sekujur tubuh yang berbaring di atas katil dengan segala macam wayar dan alat bantuan pernafasan berselirat di tubuh abah. Sayunya melihatkan keadaan abah ketika itu. Mata ini tidak mampu untuk menatap lama melihatnya. Jikalau turutkan hati, mahu saja aku keluar dari bilik wad. Namun, setelah mengenangkan mama, aku tabahkan hati aku untuk memimpin mama menuju kepada abah.

Aku dan mama mula melangkah merapati abah. Hati ini dirobek perasaan sayu. Semakin merapati abah, semakin sayu hati dan perasaan ini dipalu. Dengan tidak semena-mena, air mata ini berderai tanpa disuruh. Hari ini, air mata aku sungguh murah sekali harganya. Suasana pilu menyelubungi ruang bilik. Tidak mampu untuk diungkap dengan kata-kata. Hanya mata saja yang mampu meluahkan menceritakan semuanya. Mama sekali lagi membiarkan matanya mengeluarkan sisa air mata yang tiada kesudahannya untuk berhenti ketika ini. Aku menghampiri mama dan memeluknya erat seraya mata ini melihatkan keadaan abah yang terbaring lemah di katil.


Bersambung...

*Sekuel cerpan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengn tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments: