Friday, June 19, 2009

Kemelut Politik Negeri Perak Darul Ridzuan

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


Nizar Mohon Jawatan MB Perak Digantung
PUTRAJAYA - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memohon supaya keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah, digantung sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Mohammad Nizar dalam permohonan untuk kebenaran merayu yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, memohon perintah mahkamah supaya keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei itu digantung sekiranya, kebenaran untuk merayu dibenarkan.

Notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan itu difailkan jam 3.30 petang tadi melalui Tetuan Leong & Tan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 dan 10 Julai ini untuk mendengar permohonan itu.


Kilik di sini untuk bacaan selanjutnya.


Komentar penulis: Mengapalah kemelut politik di negeri Perak ini belum selesai lagi? Masing-masing nak tunjuk siapa yang lebih berhak mentadbir. Akhirnya, mangsanya sendiri adalah rakyat jelata. Sedarlah, wahai pemimpin yang diberi akal dan hati oleh-Nya. Tanggungjawab terhadap rakyat lagi utama berbanding perbalahan merebut kerusi MB ini.

0 comments: