Monday, June 1, 2009

Cerpen: Gerimis Memori (Bahagian 1)

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selamat tak terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu
Darimu
Kutemukan hidupku
Bagiku
Kaulah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku adalah
yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan yang terindah
dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku meninggalkan
jejak hidupmu
Yang telah terukir abadi sebagai
kenangan yang terindah


Mentari suria baru sahaja menjengah di ufuk timur. Memancar dan mencapahkan sinarnya ke seluruh pelusuk muka bumi ciptaan-Nya ini. Aku masih lagi terpaku berdiri di beranda rumah mahligai ayahbondaku ini. Ditemani dengan kicauan sang unggas yang sedang berarakan di angkasa raya; mencari makanan untuk menyara kehidupan ini. Salakan anjing yang sekali-sekala kedengaran pada pagi ini membangkitkan sedikit kebisingan yang menyeri dan menghiasi keheningan pagi yang masih lagi dibaluti dengan embun.

Aku baru saja pulang ke mahligai ini setelah hampir setahun aku berhijrah ke selatan tanah air, iaitu negeri Johor Darul Takzim demi melanjutkan pengajianku di peringkat matrikulasi. Tiada perubahan yang drastik berlaku di persekitaran rumahku, cuma ada beberapa projek penaik tarafan yang sedang giat dilaksanakan, berlaku berhampiran dengan kawasan perumahanku ini. Terasa bagaikan ‘sirih pulang ke gagang’ hendaknya. Aku menghela nafasku panjang-panjang. Terasa nyaman dan segar udara pada pagi ini. Sehingga mencucuk dan menikam ke tulang hitamku. Dalam keadaan aku memerhatikan pokok bunga kesayangan bondaku, aku mengelamun; menggamit semula memori silamku semasaku di bangku sekolah lagi.

Masihku ingat lagi, ketika itu aku mendaftarkan diriku di SK Bandar Baru Selayang tatkala proses pendaftaran pelajar bagi Tahun 1. Aku ditemani oleh ayahbondaku semasa proses tersebut. Mataku liar memerhatikan suasana sekitar. Janggal. Berbeza sekali dengan suasanaku sebelum ini. Biasalah. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kakiku di sini. Mataku masih lagi liar memerhatikan panorama sekitar. Ramai ibu bapa hadir ketika itu. Walaupun aku tidak mengerti apa maksud di sebalik semua ini, yang penting, tempat ini tidak akan memberikan kebosanan kepadaku. Maklumlah, waktu itu aku baru berusia 7 tahun. Hanya keseronokan saja yang ligat berputar di sudut fikiranku. Aku tersenyum sendiri apabila mengimbau kembali saat-saat tersebut. Kadang-kala, tergelak juga aku tatkala memikirkan peristiwa tersebut.

Pejam, celik, pejam, celik, aku sudahpun berada di Tingkatan 1. Masihku ingat lagi tarikh pendaftaran masuk pelajar Tingkatan 1 pada waktu itu; 2 Januari 2001. Di sinilah aku mengenali SMK Selayang Bharu dengan lebih dekat lagi. Sebelum ini, aku hanya melintasi saja kawasan ini tanpa menghiraukan segala khabar dan berita mahupun peristiwa di sebalik kewujudan SMK Selayang Bharu itu sendiri. Dan, tanpaku sedari, di sinilah bermulanya segala dugaan dan pancaroba yang bakal aku hadapi di samping pengalaman yang bakalku peroleh.

Bersambung...

0 comments: