Monday, June 1, 2009

Cerpen: Gerimis Memori (Bahagian 2)

Sambungan dari Cerpen: Gerimis Memori (Bahagian 1)

Hari berganti hari, minggu berpuput pergi, bulan bersilih ganti, tahun menjarakkan diri. Sedar atau tidak, aku sudahpun berada di Tingkatan 5. Rasanya baru minggu lepas aku mendaftar masuk sebagai pelajar Tingkatan 1, tapi, apakan daya. Masa berlalu pergi dengan begitu pantas sekali. Segala kenangan manis mahupun pahit masih lagi utuh kusematkan di sanubariku. Kejayaanku dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), mewakili daerah Gombak dalam Pertandingan Kuiz Sastera Perdana Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan di Banting, dimarahi guru kerana keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan, bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kepengakapan dan pelbagai lagi kenangan inilah yang mengajarku; erti sebenar kehidupan dan sedikit sebanyak mematangkan diriku. Alangkah indahnya saat-saat itu. Jikalau dapat diputarkan semula masa ini, akanku lakukan kerana aku tidak mahu meninggalkan segala kenangan dan pengalaman yang begitu berharga buat diriku. Namun, mustahil perkara tersebut mampu dilaksanakan.

Setelah aku menamatkan pengajianku di Tingkatan 5, aku banyak melakukan perkara-perkara yang bermanfaat dan mengisi masa renggangku sebelum menunggu tibanya hari pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajara Malaysia (SPM). Ada di antara teman-temanku yang bekerja untuk mengisi masa lapang tersebut. Ada juga yang meluangkan masa mereka bersama-sama dengan pasangan mereka demi mengenali dengan lebih mendalam lagi hati budi pasangan masing-masing. Namun, aku tidak menghabiskan sisa-sisa waktuku bersama-sama dengan teman-temanku apatah lagi dengan pasanganku sendiri. Maklumlah, aku belum terikat dengan mana-mana gadis yang mampu berkongsi hati dan perasaan, susah senang denganku. Benar. Mengapa? Tak percaya dengan apa yang aku perkatakan tadi? Hmm… Percayalah. Jujur dengan setiap apa yang aku luahkan sebentar tadi adalah tulus dan ikhlas daripada hati naluriku sendiri. Aku banyak menghabiskan masaku bersama dengan kerabat keluargaku yang merupakan satu-satunya opsyen untukku bermanja dan berkongsi masalah. Dan, kenangan yang paling mekar dan indah dalam hidupku adalah tatkala aku sekeluarga mengerjakan ibadah fardhu haji. Secara tidak langsung, aku dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan yang kian lusuh impak daripada kesibukan kami sendiri yang tidak dapat memperuntukkan masa di antara kami sendiri. Wah! Memang aku sendiripun tidak menduga seawal usiaku begini aku dapat menziarahi dua tanah suci umat Islam di Arab Saudi. Memang di luar jangkaan aku sama sekali. Ayahbondaku secara rahsia merancang perkara ini tanpa sedikitpun aku mengetahuinya. Tamat sahaja peperiksaan SPM, ayahbondaku memberitahu khabar kejutan tersebut kepadaku…

Bersambung...

0 comments: