Thursday, June 4, 2009

Cerpen: Ketentuan Ilahi (Bahagian 4)

Sambungan dari Cerpen: Ketentuan Ilahi (Bahagian 3)


Menyingkap tirai hati mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu Tuhan
Tiap jejak nan bertapak debu kejahilan
Akanku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai air mata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuhan nurani
Takkan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang kucari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabut kerana dosa
Di dalam hati

Dan aku menadah era cinta
Yang lahir dari wardah yang alpa
Tidak kenal kutemui
Hanya kecewa

Menyelubungi…

Gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untukku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapatku berteduh di rending kasihmu

Destinasi cinta yang kucari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabut kerana dosa
Di dalam hati

Gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untukku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapatku berteduh di rending kasihmu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan akan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati

Beristerikan wali kalbu oh Tuhanku
Leraikan daku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku
Ya Allah…

Begitu lunak suara penyanyi kumpulan nasyid Mestica yang mendendangkan lagu ‘Destinasi Cinta’ terbabit. Begitu menusuk hingga menyentap rasa kerdilnya diri ini kepada Ilahi. Lagu tersebut agak kerap aku mainkan di telefon bimbitku tatkala masa senggangku terhidang dari kesibukan harianku. Sudah seminggu program SAMUDRA berlalu. Kini, aku kembali ke dunia realiti kehidupanku sebagai seorang pelajar. Hanya tinggal lebih kurang sebulan saja lagi Peperiksaan Akhir Semester 2 bakal menjengah jendela kehidupan semua pelajar Universiti Teknologi Malaysia.

Dalam kesibukan diriku membuat persediaan menghadapi pepeiksaan tersebut, sebenarnya diriku telah dihambat dengan memori silam. Di sini, aku telah bertemu dengan seorang gadis yang mirip dengan wajah teman istimewaku. Aku mengelamun mengenangkan kembali peristiwa tersebut. Sedikit demi sedikit aku cuba menghayatinya. Akhirnya, aku terleka…

Memori silam yang berusia 4 tahun dahulu yang mengubah diriku. Di kala aku mengenalinya rapat sehingga hubungan rapat yang aku bina tiada sesiapa pun yang menyedarinya. Lebih dari 3 tahun perkenalan aku dengannya, namun, perpisahan yang tidak pernahku duga akhirnya terjadi. Si dia meminta aku memutuskan ikatan perkenalan yang telah aku bina bersamanya. Seboleh-bolehnya, aku cuba untuk menyelamatkan perhubungan tersebut daripada rebak. Tetapi, apakan dayaku untuk menghalangnya. Ketika peristiwa hitam itu berlaku, aku berada di Tingkatan 4. Segala pahit getir kehidupanku ketika bersama dengannya, aku harungi tanpa memikirkan sedikitpun mengenai diriku. Biarlah aku berkorban deminya. Asalkan dia hidup dalam suasana bahagia dan ceria.

Bersambung...

0 comments: