Friday, June 5, 2009

Cerpen: Ketentuan Ilahi (Bahagian 8)

Sambungan dari Cerpen: Ketentuan Ilahi (Bahagian 7)


Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa
Menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa
Singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Engganku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan kucuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya kuhadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Di atas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Di atas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh redha

Saratkan hati ini
Dengan cinta hakiki
Sehinggaku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Lagu nasyid kotemporari berjudul ‘Atas Nama Cinta’ ini pernah dipopularkan oleh bekas kumpulan nasyid tanah air, iaitu UNIC. Lagu ini sering kali menghambat hatiku tatkala mendengarnya. Lagu ini menjadi tanda eratnya persahabatan yang terjalin di antara aku dengan seluruh ahli keluarga Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Rahman Putra sesi 2008. Di sinilah kami membina ukhuwah yang selama ini hanya segelintir di antara kami yang mengerti apa ertinya di sebalik maksud istilah tersebut.

Kem Rebutia, Alang Sendayu, Gombak. Tempat itu cukup sinonim terhadap mereka yang impikan ketenangan dan kehijauan yang mampu memikat dan mempersona setiap sukma yang memandang dan merasainya. Di sinilah kami menempuhi kem yang dikelolakan oleh pihak Majlis Eksekutif Kolej (MaXEC). Kem ini dianjurkan semata-mata mahu memantapkan ahli yang bernaung dalam organisasi JKM ini dari pelbagai sudut dan aspek agar mampu melaksanakan segala tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh pihak pentadbiran serta menjaga hak kebajikan warga penghuni kolej.

Bersambung...

0 comments: