Tuesday, June 30, 2009

Fakulti Perubatan: UTM Bakal Punyai Satu

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


UTM Akan Miliki Fakulti Perubatan
http://www.is.fsksm.utm.my/min/upload_images/UTM%20LOGO%20brand%20.jpg
Universiti Teknologi Malaysia

JOHOR BAHARU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan mempunyai fakulti perubatannya sendiri apabila kajian mengenai penubuhan fakulti itu siap tidak lama lagi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata sebagai antara universiti yang tertua negara, penubuhan fakulti perubatan di universiti yang memiliki kekuatannya sendiri itu adalah tepat pada masanya.

"Penubuhan fakulti itu akan membantu menambah bilangan graduan perubatan, farmasi dan pergigian dalam negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Haluan Siswa Sesi 2009/2010 di UTM, Skudai hari ini.

Beliau berkata, walaupun ketika ini terdapat 10 universiti yang menawarkan pelbagai kursus perubatan, tetapi ia masih tidak dapat menampung keperluan negara dalam bidang tersebut.

Katanya, ketika ini hanya tiga universiti yang mempunyai hospital latihan khusus untuk penuntut perubatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.


Klik di sini untuk bacaan selengkapnya.


Komentar penulis: Alhamdulillah, nampaknya UTM menuju setapak lagi ke hadapan. Meskipun universiti berteraskan teknologi semata-mata, namun tidak mustahil juga sekiranya Fakulti Perubatan dapat ditubuhkan dalam kepulauan UTM selaras dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan graduan doktor perubatan bagi menampung keperluan negara yang semakin dihimpit dengan masalah kekurangan bilangan doktor perubatan.

0 comments: