Wednesday, June 24, 2009

Isu Jambatan Ketiga: Kerajaan Perlu Timbang Semula

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


Kerajaan Diminta Timbang Cadangan Bina Jambatan Ketiga
NUSAJAYA - Kerajaan diminta mempertimbangkan semula cadangan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Singapura dengan Timur Johor kerana terlalu banyak pintu keluar masuk dari negeri ini ke negara jiran hingga boleh menimbulkan masalah daripada segi kawalan keselamatan.

Datuk Abdul Halim Suleiman (BN-Puteri Wangsa) berkata, sebuah negara tidak sepatutnya mempunyai terlalu banyak pintu keluar masuk ke negara jiran kerana menyukarkan kawalan keselamatan hingga boleh menjejaskan ketenteraman rakyat.

"Saya menyokong pembinaan jambatan ini kerana banyak manfaatnya daripada segi ekonomi. Tapi, kerajaan perlu berfikir panjang dengan mengadakan rundingan pelbagai pihak terutama sekali Sultan Johor sebelum meneruskan pembinaannya," katanya dalam perbahasan usul menjunjung titah ucapan Sultan Johor pada persidangan Dewan Negeri Johor, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.


Klik di sini untuk maklumat selanjutnya.


Komentar penulis: Isu pembinaan jambatan ketiga sepatutnya dikaji dahulu sebelum dilaksanakan. Kini, negeri di selatan tanah air itu mempunyai 2 buah jambatan yang menjadi tumpuan warganegara Singapura untuk memasuki ke Malaysia. Meskipun pembinaan jambatan ketiga itu mempunyai relevannya, namun, pihak kerajaan perlu mengira kira pandangan dan luahkan orang lain sebelum memberikan kata putus mengenai pelaksanaannya. Jangan sampai Sultan Johor murka, alamatnya, kena menghadap seorang demi seoranglah selepas ini.

0 comments: