Kegusaran & Kesakitan Kian Melanda...
Aduhai, hari nie bermulalah detik penentu segala-galanya. Hari nie aje pelbagai dugaan datang bertandang. Risau. Sakit kepala. Sakit mata. Sakit hati. Err, sakit hati? Tolak tepi dulu isu nie. Hehehe...
Yang pastinya, minggu nie dan minggu depan adalah waktu yang paling kritikal bagi diri nie. Mengapa? Jawapannya dah ada pada diri korang sendiri. Entahlah. Aku agak tertekan sekarang nie. Dahlah tue, kaum Adam teramatlah sikit. Aku kadang-kadang agak sunyi meskipun adalah seorang pelajar berbangsa Cina dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) nie sekali berpraktikal dengan aku. Kadang-kadang, timbul rasa segan dan malu terhadap kaum Hawa kerana bilangan majoriti mereka yang sentiasa mendominasi kaum Adam nie. Hmm...
Ketika nie, aku terasa sakit kepala. Terasa diminta untuk diampuhkan saja kepala nie. Jadi, selepas nie aku kepilkan beberapa gambar yang menunjukkan situasi aku pada hari nie. Korang tengoklah sendiri dan huraikan dengan akal natijah masing-masing. OK? Gerak dulu...
Kisah di Sebalik Gambar...
0 comments:
Post a Comment