Kepulangan ke Halaman yang Dinanti...
Monday, June 22, 2009
By
Unknown
Luahan Insan
1 comments
Hmm...
Sebenarnya, agak sedih jugalah aku nie. Dah hampir 6 tahun tak balik menjengah saudara mara dan atuk di kampung. Walhal, boleh aje nak balik, tapi tatkala mengenangkan peristiwa pahit yang terjadi sebelum tue, rasa kepulangan ke kampung selepas-selepas nie, bisa membuatkan diri nie sedih.
Baiklah. Malas nak ungkap kembali peristiwa yang berlaku dalam tempoh sedekad nie. Sekarang nie, aku nak tunjukkan kat korang beberapa keping gambar semasa aku berada di kampung halaman mamaku di Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Kampung sebelah abah yang terletak di Permatang Pauh, Penang tak sempat nak ambil sebab cuaca yang panas tidak mengizinkan aku untuk berada di luar (Err, aku bukannya puteri lilin ya. Jangan salah faham dengan kenyataan nie). Tarikh kepulangan aku sekeluarga ke kampung adalah pada tarikh 6 Jun 2009. Mari, kita jelajah bersama meneliti gambar-gambar nie. Bak kata orang, sekeping gambar boleh dinukilkan menjadi 1001 kenangan. Mari...
Camera, Zoom In...
Nie halaman rumah atuk aku. Dari pandangan belakang
Nie pula adalah tali air yang menjadi sumber utama pengairan sawah padi
Sawah bendang. Err, aku tak pasti relung mana yang atuk aku punya bahagian
Pokok kelapa yang atuk aku tanam. Baru aje lagi nie. Usiapun rasanya kurang dari 2 tahun. Hobi atuk aku setelah pemergian isterinya tercinta 7 tahun lalu
P/S 1: Bilalah agaknya aku dapat pulang ke sini semula? Hmm...
P/S 2: Di kampung halaman mama aku jugalah tersimpannya hati aku di sini. Sayangnya, dia tue adalah kakak saudara aku. Kalau tak, dah lama hajat nie nak masuk meminang. Hehehe...
Gurau aje...

1 comments:
ha!!
anak mak ngah gak hang target..
-___-"
Post a Comment