Monday, June 22, 2009

KPT Wujudkan Pusat Kecemerlangan Kebangsaan

Ihsan dari sumber Utusan Malaysia Online


KPT Kenal Pasti IPTA Cemerlang
JOHOR BAHRU 21 Jun - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengenal pasti beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini untuk dijadikan Pusat Kecemerlangan Kebangsaan.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin berkata, langkah tersebut sejajar dengan usaha mengangkat pusat tersebut ke peringkat antarabangsa sekali gus melonjakkan nama IPTA berkenaan.

''Sehingga kini, terdapat 200 pusat kecemerlangan di seluruh IPTA di negara ini."

''Apabila dijadikan Pusat Kecemerlangan Kebangsaan, ia akan menghimpun semua cendekiawan sesebuah universiti itu bagi tujuan menjalankan penyelidikan dan penyebaran ilmu terbaru,'' katanya.


Klik di sini untuk maklumat selanjutnya.

0 comments: