Monday, June 15, 2009

Lagi Berkenaan Isu Pilihan Raya Presiden Iran...

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


Cubaan Cetus Kekecohan Bantah Kemenangan Ahmadinejad

PENUNJUK perasaan membakar sebuah motosikal di jalan raya di Teheran sebagai bantahan kemenangan Ahmadinejad, semalam.

TEHERAN - Kira-kira 170 anggota kumpulan reformis, termasuk 10 pemimpin mereka, ditahan selepas kemenangan Presiden Mahmoud Ahmadinejad mencetuskan bantahan di jalan raya, kata pemimpin utama reformis, Mohammad Ali Abtahi, semalam.

Seorang jurucakap jabatan kehakiman bagaimanapun menjelaskan mereka tidak ditahan tapi dipanggil dan diberi amaran agar tidak menambahkan lagi ketegangan. Mereka kemudian dibebaskan.

Sementara itu, Presiden Mahmoud Ahmadinejad berkata pemilihannya semula adalah "bebas dan benar" dan tidak harus dipersoalkan. Beliau bercakap pada sidang akhbar pertamanya sejak diumumkan menang buat kali kedua dalam pilihan raya presiden, Jumaat lalu.


Klik di sini untuk maklumat lanjut.

0 comments: