Penantian Suatu Penyeksaan
Friday, June 26, 2009
By
Unknown
Coretan Latihan Industri
0
comments
Salam Warkah kepada semua.
Alhamdulillah, akhirnya, berlalulah sudah episod minggu kelapan di FRIM nie. Tak sangka juga dapat bertahan sehingga ke tahap nie. Syukur kepada-Nya kerana masih lagi diberi peluang untuk melengkapkan hidup nie. Namun, hati nie masih lagi digamit peristiwa petang tadi setelah keluar dari makmal. Hati nie dihurung rasa sedih melihatkan sebahagian pelajar praktikal dari universiti lain telah menamatkan latihan mereka di sini pada hari nie. Meskipun pada awal pembabitan kami semasa pendaftaran dahulu, tak pula terasa bagaikan ingin mengetahui status diri masing-masing. Minggu nie, pelajar praktikal dari Universiti Sains Malaysia (USM) menamatkan sesi latihan mereka. Mereka adalah golongan pertama yang menamatkan latihan industri setelah mengharungi liku-liku kehidupan selama 8 minggu. 8 minggu saja? Aduhai, mesti seronok hati mereka kini. Yalah, mana taknya. Cuti semester mereka masih lagi berbaki seminggu sebelum pulang ke laman universiti bagi menyambung baki-baki perjuangan yang tinggal sebelum ditamatkan dengan segulung ijazah sarjana muda di tangan.
Universiti Sains Malaysia
Fikiran nie masih lagi ligat memutarkan bagaimana reaksi perpisahan di kalangan mereka ketika nak pulang. Ada yang bakal pulang terus ke kampung halaman, atau ada yang menetap sehari dua di rumah sewa di sekitar Kepong dan Selayang nie sebelum pulang menemui ayahanda bonda di rumah. Tergambar riak wajah gembira dan kelegaan yang tak terhingga kerana berjaya melengkapkan salah satu keperluan yang telah ditetapkan dalam syarat kelayakan jurusan masing-masing sebelum dapat diisytiharkan sebagai seorang graduan kelak.
Universiti Kebangsaan Malaysia
Minggu hadapan adalah mereka yang berasal dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bakal menamatkan sesi praktikal mereka. Bermula dari tarikh tersebut, maka, akan hanya tinggal para pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Industri Selangor (UNISEL) saja yang masih berada di perkampungan FRIM nie. Aduhai, terasa lama lagi untuk menjangkau detik-detik pengakhiran latihan industri nie. Maklumlah, setelah melihat perginya rakan-rakan seangkatan, hati siapa yang tak terusik melihatkan sinar kegembiraan yang terpamer di setiap wajah.
Univeristi Teknologi Malaysia
Universiti Industri Selangor
Hari nie juga merupakan suatu penantian aku yang paling lama pernah aku rasai sepanjang kehidupan aku di sini. Nak tahu? Aku tiba di rumah pada jam 2000. Haa? Terkejut? Nak buat macam mana? Abah aku terpaksa pergi ke Johor semata-mata nak ambil adik aku yang bercuti hujung minggu nie. Jadi, terpaksalah aku mengalah. Duduk menanti tibanya abah. Sejarah tercipta sekali lagi di sini nampaknya. Memang tak dapat dinafikan penantian tue suatu penyeksaan. Dah banyak kali aku alami perkara nie, namun aku cekalkan hati. Banyakkan bersabar. Setiap yang berlaku pastinya mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Institut Penyelidikan Hutam Malaysia (FRIM)
Insya Allah, minggu hadapan aku nak siapkan laporan secepat mungkin. Lepas tue, nak minta kebenaran penyelia industri untuk menamatkan sesi latihan industri awal dari tarikh yang dimaklumkan. Nak berehat beberapa hari sebelum menghunus ke selatan tanah air bagi menyelesaikan tugasan yang masih lagi terbengkalai di sisi. Doakan aku ya, kawan-kawan agar aku dapat melaksanakan misi yang radikal nie. Hehehe...
Allright. Cukup setakat nie coretan aku. Di lain masa, di lain hari, aku celoteh lagi ya.
Wassalam...

0 comments:
Post a Comment