Saturday, June 13, 2009

Penggabungan PROTON, PERODUA: Wajarkah?

Ihsan dari sumber Kosmo! Online


Sejauh manakah penggabungan Proton dan Perodua bakal memberi input positif kepada kedua-dua syarikat pengeluar kereta Malaysia ini?


TAHUN 2009 adalah tahun paling mencabar dalam dunia automotif. Kesan langsung daripada krisis subprima Amerika Syarikat (AS) yang merebak ke Eropah, kini menular di benua Asia.

Industri Automotif AS merupakan penanda aras terhadap ekonomi mereka secara keseluruhan. Jatuhnya konglomerat seperti GM dan Chrysler adalah titik mula terhadap kerapuhan industri yang sudah bertahan hampir 100 tahun lamanya di dunia.

Industri automotif sebenarnya perniagaan kejam yang amat menduga.

Lebih besar sesebuah pemilikan syarikat itu, maka lebih banyak sudut-sudut rapuh yang akan terbina tanpa sedar.

GM adalah contoh terbaik. Dengan memiliki genggaman saham besar di banyak negara, adalah sukar untuk memperlahankan kesan langsung impak ekonomi tersebut.


Untuk bacaan informasi selanjutnya, sila klik di sini.


Komentar penulis: Wajar atau tidak menggabungkan 2 buah syarikat korporat negara dalam bidang automotif ini menjadi satu? Pada hemat saya, wajar ianya dilaksanakan kerana memandangkan isu kemelesatan ekonomi global yang masih lagi belum menampakkan tanda-tanda pemulihan yang positif dalam tempoh waktu terdekat, justeru boleh dijimatkan kos tertentu dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti automotif negara ke satu tahap yang boleh dibanggakan di rantau ini.



Malaysia Boleh!
Malaysiaku Gemilang!

1 comments:

panod said...

salam...

Wajar = faktor kemelesetan ekonomi

X wajar = menidakkan fungsi produa yg ditubuhkan untuk memberi pilihan kereta nasional kedua kepada rakyat.

Wallahu3lam.....