Wednesday, June 3, 2009

Pertengahan Minggu Kelima...

Hari nie menampakkan hari yang paling bosan untuk aku. Aku tak tahu di mana silapnya untuk latihan industri hari nie. Aku dapat rasakan bahawa hari nie aku lebih terarah untuk melayari laman sesawang yang berkaitan dengan informasi semata-mata berbanding menggeledah maklumat-maklumat yang berkaitan dengan latihan industri aku. Pelik. Mungkin disebabkan aku berada di tahap ke'blur'an yang tinggi agaknya. Sudahlah penyelia aku bermesyuarat hampir seharian, maka lagilah aku merasakan seperti aku berada di alam kafe siber lagaknya; melayari laman sesawang yang memberikan faedah dan manfaat kepada aku.

Insya Allah, esok, aku mengharapkan sesuatu yang dapat mencorakkan kehidupan aku berbanding dengan perjalanan kehidupan aku hari nie. Ya. Aku mengharap...

0 comments: