Wednesday, June 3, 2009

Cerpen: Ketentuan Ilahi (Bahagian 1)

Suasana hingar-bingar di pagi 11 Februari 2008 mencetuskan kembali situasi normal yang dilalui oleh para pelajar Universiti Teknologi Malaysia sebelum ini. Pagi yang disirami cahaya mentari menyinar di ufuk timur. Gugusan awan berarakan menuju ke tenggara, membawa bersamanya sang awan hitam yang menandakan bibit-bibit hari akan hujan bakal menyinggah persada ruang segenap negeri di selatan tanah air ini. Sang unggas begitu sibuk mencari secicip rezeki di seluruh pelusuk bumi ciptaan Yang Maha Esa ini. Demi menyara diri mahupun keluarga yang rindu menanti kepulangan dengan penuh harapan.

Kini, setelah melalui tempoh cuti pertengahan semester yang menjangkau tempoh seminggu lamanya, akhirnya, bermula pada hari ini, sesi pengajian disambung semula. Semua pelajar sibuk membuat segala persiapan untuk memulakan sesi pengajian mereka. Aku pun tidak terkecuali dari situasi tersebut. Menyemak kembali semua nota-nota kuliahku. Bermula dari saat ini, aku perlu melipat gandakan usahaku dalam mencapai kejayaan yang ingin aku capai. Aku sedar keputusan Peperiksaan Akhir Semester 1 aku yang lepas tidak begitu membanggakan. Justeru, aku perlu memperbaiki semula keputusan tersebut walaupun aku terpaksa bersengkang mata sepanjang masa demi masa hadapan hidupku. Aku tahu ibu bapaku agak terkilan dengan keputusan tersebut walaupun mereka tidak sekali-kali menunjukkan reaksi wajah mereka terhadapku. Namun, aku mengerti, mereka pasti cukup terkilan dan berdukacita dengan hasil keputusan tersebut. Oleh yang demikian, aku perlu bangkit untuk memadamkan kembali parutan tersebut. Aku perlu berjaya mendapatkan keputusan peperiksaan yang baik pada semester kali ini. Hanya itu saja yang aku harapkan. Aku tidak mahu melihat mereka melinangkan air mata mereka disebabkan kegagalanku, namun biarlah mereka menitiskan air mata kegembiraan. Hanya itu yang aku inginkan. Hanya itu cuma…

Bersambung...

0 comments: