Sunday, June 28, 2009

PSM Oh PSM...

Papan tanda di pintu masuk FRIM

Salam semua.


Hari nie aku hanya menghitung hari saja lagi bagi melengkapkan salah satu dugaan terbesar yang perlu diatasi selain Projek Sarjana Muda (PSM) yang sememangnya adalah salah satu subjek yang ketika masih lagi menghantui aku. Mana taknya, PSM aku nanti penyelianya adalah salah seorang yang dikenal ramai dalam keanggotaan Senat. Haa, korang mesti tahunya siapa yang aku maksudkan tue. Entah macam manalah nanti aku nak survive dalam kancah dunia yang semakin menampakkan kesibukkan dan halangan yang mendatang kelak.

Baik, berbalik semula kepada cerita asal. Aku ketika nie berbelah bahagi sama ada mahu menamatkan latihan industri aku seawal mungkin atau sebaliknya. Berfikir-fikir dari segala skop perspektif minda yang mampu untukku terjemahkan dalam sebuah natijah. Kalau ikutkan aku, minggu nie nak aje aku tamatkan latihan industri. Hanya menunggu lampu hijau daripada penyelia industri aku untuk lab session yang terakhir sebelum aku bertungkus lumus menyiapkan helaian-helaian laporan thesis. Tarikh akhir tiba di meja urusetia latihan industri fakulti adalah sebelum atau pada 7 Julai 2009. Haa, jadi tinggal kurang dari 2 minggu aje lagi proses pembikinan peringkat akhir yang perlu aku lalui sebelum dengan girangnya mengucapkan kalimah syukur dan selamat. Lagipun, FRIM nie dekat saje dengan kawasan perumahan aku. Adalah dalam 2.5 km jaraknya. Jadi, sesiapa yang ingin merasai situasi yang aman dan harmoni dari kebingitan dan kesibukan kota, di sinilah tempat yang ideal. Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai kawasan nie, layari laman sesawangnya.

Kini, hati aku diruntun resah tatkala memikirkan PSM aku yang tergantung selama sebulan tanpa adanya sebarang reaksi positif daripada aku. Tajuknya memang agak menarik namun, hakikatnya, di sebalik tajuk tue, aku tak tahu bagaimana nak menterjemahkan konsep dan natijah yang ingin dijelajah. Masakan penyelia aku acap kali sibuk dengan urusan pentadbiran fakulti. Sehinggakan email pun telah aku hantar kepadanya hampir 2 bulan lepas, tapi hampa. Tiada balasan yang aku terima hingga kini.

"Immobilization of Bacteria Cells in MCM 41 for Biodegradation
of Orange II
"

Tuelah dia tajuk yang semakin hari semakin mendatangkan kebejatan di akalku. Sakit kadang kala memikirkan tajuk PSM nie. Mengapalah aku lambat memilih tajuk yang berkaitan dengan aspek plant? Harapan aku selama setahun akhirnya terkubur di hujungnya. Nampaknya, Allah lebih mengetahui mengapa tue jawapan yang terbaik untuk aku. Walau apapun, good luck untuk kawan-kawan yang sama-sama tengah siapkan laporan industri. Insya Allah, kita bertemu lagi dalam jangka masa 2 minggu dari sekarang.

Wassalam.

0 comments: