Sunday, June 28, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 31)

“Tak. Amir sihat seperti apa yang saya beritahu tadi. Cuma, Amir terlalu penat sehinggakan Amir mengabaikan keperluan rehat yang secukupnya untuk diri Amir sendiri. Tu saja,” jelas Dr. Syamsul dengan secangkir senyuman terukir di raut bibirnya. Aku yang sebelum itu diserang rasa gundah, diterjah dengan pelbagai persoalan yang bermain di minda, akhirnya memperoleh jawapan. Jawapan yang sememangnya enak untuk diterima dan dimamah olehku. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga terhadap-Nya.

“Amir, boleh saya tanya satu soalan. Tu pun kalau Amir tak keberatan.” Dr. Syamsul mengajukan persoalannya pula setelah mengambil tempat duduk di atas katil di sebelah kananku. Kini, mata Dr. Syamsul bertentang dengan mataku. Dapat aku lihat matanya seolah-olah mengharapkan jawapan dan kesediaan aku untuk menerimanya.

“Ya, Dr. Apa soalannya?” balasku setelah agak lama aku mendiamkan diri. Membiarkan persoalan yang diaju kepadaku menyepi.

“Amirul Amar tu ayah kandung Amirkah?” Terpacul laju soalan itu keluar dari mulut Dr. Syamsul. Aku terkejut dengan soalan tersebut sehinggakan tergamam seketika. Berkerut dahiku memikirkan ayat jawapan yang dirasakan perlu bagi menjawab soalan yang hadir bagaikan tidak diduga itu. Akhirnya, aku diam membisu seribu bahasa. Tunduk menghadap ke bawah. Beberapa manik jernih gugur dari tubir mata. Jatuh ke atas selimut. Esakan kecil mula menghiasi bilik tersebut sambil ditemani oleh seorang insan yang merawatku di sisi.


Bersambung...

*Sekuel cerpan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments: