Friday, June 19, 2009

Ramadhan al-Mubarak atau Ambang Merdeka?

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


Tiada Sambutan di Ambang Merdeka, Hormati Ramadhan: Rais
KUALA LUMPUR - Hari Kemerdekaan ke-52 tahun ini akan disambut sederhana kemungkinan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebagai menghormati bulan Ramadhan dan mengambil kira keadaan ekonomi semasa, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, sambutan "Di Ambang Merdeka" bagi mengira detik 12 tengah malam seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini, tidak akan diadakan kali ini memandangkan pada malam itu, ia dipenuhi dengan program keagamaan seperti solat tarawih.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Kemerdekaan ke-52 di sini, hari ini, Rais berkata, sesuai dengan bulan puasa, ada cadangan supaya tempat sambutan kali ini diubah dari Dataran Merdeka ke Stadium Nasional Bukit Jalil dan ini akan ditentukan oleh kabinet.


Klik di sini untuk maklumat selanjutnya.


Komentar penulis: Bukankah semoleknya kalau dibuat doa selamat di masjid? Fikir-fikirkanlah sejenak...

0 comments: