Friday, June 19, 2009

Sejenak Mengenai Presiden Iran...

Presiden Iran merupakan ketua kerajaan Republik Islam Iran. Setiap presiden dilantik melalui pilihan raya dan akan memimpin kerajaan Iran selama empat tahun.

Presiden Iran adalah jawatan tertinggi yang dilantik secara rasmi dalam Republik Islam Iran.

Menurut Perlembagaan Republik Islam Iran, presiden bertanggungjawab untuk tugas-tugas eksekutif, seperti menandatangani perjanjian antarabangsa dan sebagainya.

Selain itu, Presiden Iran juga akan melakukan perancangan negara, bajet pekerjaan dan urusan rasmi melantik para menteri, para gabenor dan duta-duta tertakluk kepada kelulusan Parlimen.

Berbeza dengan negara lain, Presiden Iran tidak mempunyai kawalan penuh terhadap dasar luar, pasukan bersenjata atau dasar nuklear Iran kerana ia di bawah kawalan Pemimpin Tertinggi.

Senarai Presiden Iran:
1. Abolhassan Banisadr (4 Feb. 1980 - 22 Jun 1981)
2. Mohammad Ali Rajai (2 Ogos 1981 - 30 Ogos 1981)
3. Ali Khamenei (13 Okt. 1981 - 3 Ogos 1989)
4. Ali Akbar Hashemi Rafsanjani (3 Ogos 1989 - 3 Ogos 1997)
5. Mohammad Khatami (3 Ogos 1997 - 3 Ogos 2005)
6. Mahmoud Ahmadinejad (3 Ogos 2005 - kini)

Mahmoud Ahmadinejad: Siapa?
*Dipilih menjadi Presiden Iran pada 3 Ogos 2005 selepas menewaskan Rafsanjani. Memenangi pemilihan presiden kali ke-10 pada 12 Jun lalu.
*Sebelum menjadi Presiden Iran, beliau adalah seorang Gabenor Wilayah Ardabil (1993 - 1997) dan Datuk Bandar Tehran pada tahun 2004.

0 comments: