Tuesday, June 2, 2009

Sejarah Kian Tercipta...

Mengapa kenyataan tue berbunyi seperti tue, bukannya seperti nie, "Sejarah Kian Dicipta"? Jawapannya adalah terletak pada imbuhan ter- dan di-. Rujuk buku rujukan tatabahasa peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk maklumat lanjut mengenainya.

Minggu lepas telah aku coretkan mengenai kepulangan aku yang lewat tiba di rumah sepanjang aku menjalani latihan industri. Namun, petang nie merupakan detik yang baru tercipta. Sejarah lama terpadam dengan sendirinya...

Petang nie merupakan kepulangan aku yang paling lewat sepanjang minggu aku berada di FRIM nie. Jam 1820 baru aku tiba di perkarangan rumah. Lewat 5 minit berbanding minggu lepas. Abah aku tiba-tiba mempunyai hal mustahak yang perlu diselesaikan sebelum sempat abah mengambil aku di tempat kerja. Apa boleh buat? Dah ditakdirkan sebegitu. Terimalah dengan hati yang redha.

Namun, ada satu lagi berita kejutan yang aku terima petang sebelum masuknya waktu Asar. Penyelia industri aku memberitahu bahawa penyelia fakulti aku bakal datang melawat pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan industri di organisasi masing-masing. Hari Jumaat nie selepas waktu rehat, dijangkakan penyelia fakulti aku bakal hadir untuk bertemu dengan aku dan penyelia industri aku mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan latihan industri.

Nampaknya, minggu nie bakal menjadikan minggu yang agak sibuk sama seperti minggu lepas. Sabar sajalah Fahmi. Tak lama lagi tamatlah latihan industri kau nie. Lepas tue, mulalah kau merindui suasana latihan industri kau tue...

1 comments:

Unknown said...

Hari Jumaat nie penyelia fakulti pula nak melawat aku...

Dr Haryati Jamaluddin pula tue...

Standby aje r nampaknya aku nie...

Study memana yang patut...