Thursday, June 18, 2009

Sejenak di Negeri Johor Darul Ta'zim...

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


Sultan Johor Tidak Setuju Bina Jambatan Ketiga
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEio5sVHjCrwjy2pVTS7TUj50U8oV6K3p2Qa5CrY2I0iiDSsut0EP8oOiz9dy64zsWk3HAf4AJ9kIx6anmo6fS8632409jOKtKPcoj1xcQEmAKIj9Re2Fgh5iIKvX4fAEdjcN_wNUVIGJ6Uv/s210/johor_mahmud.jpg
Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

NUSAJAYA - Sultan Johor hari ini bertitah baginda tidak setuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura.

Titah baginda itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan mesyuarat pertama, penggal kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, sebentar tadi.

"Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," titah baginda.


Keputusan Bina Jambatan Ketiga Belum Muktamad: Najib
http://ahmadalikarim.files.wordpress.com/2009/04/najib-tun-razak_3.jpg
Datuk Seri Najib Razak Tun Abdul Razak

KOTA SAMARAHAN - Kerajaan belum membuat keputusan berhubung pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, perkara itu masih di peringkat cadangan kerana, sebelum dilaksanakan, satu kajian secara mendalam perlu dilakukan bagi memastikan sama ada ia memberi faedah atau tidak kepada kedua-dua negara.

"Ini bukan keputusan muktamad lagi dan kita akan mengambil langkah untuk membuat kajian dulu, selepas kajian kemungkinan dibuat, kita kena tengok sama ada jambatan ini bermanfaat atau tidak," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Pichin, Serian, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas titah Sultan Johor, Sultan Iskandar, hari ini yang tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Malaysia dan Singapura di bahagian Johor Timur.

Titah Sultan Iskandar itu disampaikan melalui Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail, ketika berucap mewakili ayahandanya pada perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di Kota Iskandar, Nusajaya di Johor Bahru, hari ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata, masih ada banyak masa untuk mengadakan perbincangan dengan Sultan Johor dan juga kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya projek ini hendak diteruskan.

Katanya, belum ada pihak dilantik untuk melakukan kajian memandangkan perkara itu perlu mendapat persetujuan dengan Singapura dulu.

Baru-baru ini, Najib mengumumkan mengenai minat Singapura terhadap pembinaan jambatan ketiga itu berikutan pertemuannya dengan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, di Putrajaya. - Bernama


Komentar penulis: Negeri Johor Darul Ta'zim ketika ini sudah mempunyai 2 buah jambatan dan kedua-duanya mempunyai landmark atau tarikannya tersendiri. Namun, adakah wajar dengan kewujudan jambatan ketiga ini benar-benar memberi dividen kepada negara ataupun sebenarnya memberikan peluang kepada jiran kita, Singapura dalam usaha mendapatkan kawasan dan tanah yang ada dalam negara kita, menjadi miliknya secara pertukaran persefahaman?
Adakah kita rela maruah negara kita dinodai?
Renung-renungkanlah sejenak...

2 comments:

panod said...

salam..

sy cadangkan agar robohkan dulu tambak johor
troskan smula cdgn Dr Mahathir dulu yang nk bina jambatan indah
dgn itu...
bolehlah kapal kargo lalu selat tebrau
barulah pelabuhan pasir gudang dpt dimajukan dgn jayakan
majulah ekonomi negara...

wallhu3lam

Unknown said...

>Panod:
Wassalam...

Masalahnya kini, Singapura berkeras tidak mahu untuk merobohkan Tambak Johor dengan alasan akan memberi kerugian di pihaknya...

Jadi, yang menjadi persoalannya ketika ini adalah Singapura hendak memiliki tanah yang berada dalam lingkungan Malaysia supaya menjadi hak miliknya. Ibarat seperti kita jual maruah kita sendiri. Tanah kepunyaan kita menjadi hak pegangan Singapura...

Sebab itu zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi membatalkan hasrat pembinaan jambatan ini atas dasar maruah negara, terutamanya rakyat negeri Johor yang tidak mahu tuntutan gila Singapura dipenuhi...

Wallahu'ahlam...