Sunday, June 14, 2009

Sejenak Selepas Pilihan Raya Presiden Iran...

Assalamualaikum dan Salam Warkah kepada anda semua...

Di sini, sekadar hendak ambil kesempatan untuk anda semua menilai 2 situasi yang dihadapi ketika usainya Pilihan Raya Pemilihan Presiden Iran baru-baru ini. Mari, bersama-sama kita jenguk sebenatr situasi tersebut...


Ahmadinejad Pertahan Kemenangan
http://timesonline.typepad.com/photos/uncategorized/2007/07/05/ahmadinejad_the_movie.jpg
Mahmoud Ahmadinejad

TEHRAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, berkata pemilihan semula beliau adalah "benar dan bebas" dan tidak boleh dipersoalkan.

Ahmadinejad membuat kenyataan itu pada sidang media sebentar tadi, iaitu yang pertama sejak kerajaan Iran mengumumkan pelantikan semula beliau untuk penggal kedua selepas kemenangan besar pada pemilihan kelmarin.

Tetapi lawan utama beliau menuduh kerajaan menipu undi dan ramai penyokongnya bertempur dengan polis di jalan-jalan di Tehran.

Kira-kira sekilometer dari tempat sidang media Ahmadinejad, belia Iran membakar tong sampah, bank dan tayar ketika polis pencegah rusuhan memukul mereka dengan belantan.

Ahmadinejad juga menuduh media asing melancarkan "perang psikologi" terhadap negaranya. - AP



Mousavi Gesa Penyokong Terus Protes
http://www.huffingtonpost.com/huff-wires/20090310/ml-iran-elections/images/f577eee7-2d8d-4473-b1d6-9850cad03ff1.jpg
Mir Hossein Mousavi

TEHRAN - Calon presiden Iran yang tewas, Mir Hossein Mousavi, menggesa penyokongnya meneruskan protes tetapi secara aman dan bukan konfrontasi.

“Saya memberi nasihat kepada anda untuk teruskan bantahan sivil dan perundangan di seluruh negara secara aman dan bukan konfrontasi," katanya dalam kenyataan di laman web kempen pilihan rayanya, Ghalam News. - AFP


Komentar penulis: Penduduk Iran sekali lagi memberikan amanah mereka terhadap Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad untuk meneruskan lagi tampuk pemerintahan bagi tempoh sepenggal lagi. Namun, pencabarnya dari parti reformis, Mir Hossein Mousavi, mendakwa beliau lebih layak menjawat jawatan presiden negara itu dengan barisan penyokongnya yang memberikan mandat kepercayaan bahawa sudah tiba masanya Iran keluar dari kepompong 'belasahan mata dunia'.
Seperti mana anda, bagaimana pandangan dan situasi ini dapat menjelaskan tafsiran anda mengenai siapa yang lebih layak menghuni kerusi Presiden Iran itu?
Renung-renungkan sejenak...

Wallahu'alam...

0 comments: