Saturday, June 20, 2009

Seleksi Diari LI: Minggu 1

Assalamualaikum dan Salam Hormat kepada kalian semua...

Baiklah, bagi sesi kali ini, saya rasakan ingin mentintakan nukilan sepanjang saya menghadapi dunia latihan industri ini. Oleh yang demikian, konsep 'Seleksi Diari LI' akan saya coret dan khabarkan kepada kalian semua mengenai progres perjalanan latihan industri saya di FRIM dengan menjurus pada coretan sepanjang minggu. Setiap minggu tersebut, akan saya pilih hanya sehari atau dua saja untuk dimuatkan dalam warkah ini. Sekadar perkongsian yang mampu memberikan gambaran mengenai proses kehidupan saya ketika di sini. Insya Allah, setidak-tidaknya ia dapat memberikan visual gambaran terhadap junior Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan, khasnya dalam memilih lokasi-lokasi latihan mereka kelak.

Selamat membaca dan menghayati ya.

Sekian dan wassalam...


Rabu/6 Mei 2009
0740 Tiba di Makmal Teknologi Biji Benih (MTBB)
Aduhai, aku sampai dah lama dah sebenarnya. Dah hampir 20 minit aku tunggu barulah dapat masuk makmal. Kena tunggu staf makmal datang dulu, baru boleh masuk.

0745 Meneruskan pencarian maklumat mengenai tugasan projek yang telah diberikan oleh penyelia industri mengenai plant proteomics
Hmm...
Surf internet cari maklumat. Sakit mata menghadapi laptop seharian semalam. Hari nie mungkin menyaksikan perkara sama berulang.

0940 Membantu penyelia industri dalam projeknya iaitu 'Extraction of Swietenia macrophylla'
Alhamdulillah, akhirnya merasa juga masuk buat kerja makmal. Yes!

1130 Menyambung kembali pross pencarian maklumat
Setelah selesai saja projek tue, teruslah aku sambung kerja asal aku tue. Bosan mulai menular dalam diri aku. Hmm...

1300 Rehat dan Solat
Aku nie sebenarnya malas nak pergi kafetaria. Maklumlah, waktu rehat macam nie, mestilah padat dengan orang ramai yang nak keluar makan tengah hari. Jadi, aku pun berkelana ke Masjid Jamek FRIM. Duduk bertafakur di situ sehinggalah masuk waktu Zuhur. Malas aku nak jamah makan tengah hari.

1340 Masuk semula ke MTBB
Sebenarnya, waktu rehat adalah sejam, bermula dari pukul 1 - 2. Jadi, aku pun dah tak ada tempat nak melepaskan bosan, terus aje balik ke makmal. Lagipun, lelaki yang praktikal di sini adalah seramai kurang daripada 5 orang berbanding kaum Hawa. Sedihnya aku. Tak ada kawan lelaki seagama di sini.

1430 Menyambung kembali projek penyelia
Haa, petang nie aku masuk makmal buat eksperimen lagi. Sambung yang sesi pagi tadinya. Alhamdulillah...

1700 Pulang dari MTBB
Alhamdulillah, tamatlah sudah perjalanan di hari ketiga latihan industri. Esok masih ada lagi...

0 comments: