Saturday, June 20, 2009

Penaik Tarafan Institusi Politeknik

Ihsan dari sumber Utusan Malaysia Online


Politeknik Sedang Dikaji untuk Dinaik Taraf: Khaled
JOHOR BAHARU 20 Jun — Kementerian Pengajian Tinggi telah mengarahkan Jabatan Pengajian Politeknik menjalankan kajian bagi tujuan menaik taraf kedudukan politeknik bagi membolehkan institusi itu menawarkan kursus peringkat ijazah.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha menaik taraf institusi itu dibuat berikutan ia menjadi pilihan pelajar lelaki yang meminati bidang kemahiran.

"Kerajaan akan terus berusaha menyediakan peluang untuk belajar di politeknik termasuk menaik taraf institusi itu bagi membolehkannya menawarkan kursus peringkat ijazah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah kecemerlangan PMR, SPM dan STPM 2008 bagi kawasan Parlimen Pasir Gudang di Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya di sini hari ini. - Bernama

0 comments: