Wednesday, June 17, 2009

SPM 2010: Calon Hanya Dibenarkan Ambil 10 Subjek

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


Calon SPM 2010 Hanya Dibenar Ambil 10 Subjek: Muhyiddin
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan bahawa mulai tahun depan, semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 subjek, dengan mengekalkan enam subjek teras sedia ada.

Bagaimanapun, katanya, hanya calon aliran sains agama diberi pengecualian untuk mengambil 11 subjek tahun depan sebelum turut diwajibkan mengambil maksimum 10 subjek bagi sesi SPM 2011.

Dari segi subjek teras, beliau berkata, calon aliran sains dan agama hanya lima subjek dan aliran sains agama empat subjek teras.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Berhubung wajib lulus Bahasa Inggeris dalam SPM, Muhyiddin berkata, 80 peratus respon yang diterima bersetuju dan keputusan akan dibuat tahun ini.


Komentar penulis: Mengapalah singkat sangat pemikiran manusia seorang nie? Kenapa perlu disekat-sekat kehendak pelajar yang ingin mengambil lebih dari 10 subjek untuk peperiksaan SPMnya? Renung-renungkanlah sejenak...

0 comments: