Friday, June 19, 2009

Tinjau Sejenak Keadaan Politik Iran...

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


Tiga Calon Tewas Diajak Berbincang

PEMIMPIN agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei (dua dari kiri) berjumpa di Teheran Selasa lalu dengan wakil empat calon presiden yang bertanding pada pilihan raya Jumaat lalu.

TEHERAN - Badan perundangan tertinggi Iran, yang berusaha meredakan ketegangan berikutan pilihan raya presiden yang dipertikaikan, memutuskan untuk menjemput ketiga-tiga calon presiden yang tewas untuk membincang aduan mereka.

Pilihan raya itu mencetuskan kekacauan paling teruk di Iran sejak revolusi 1979 di mana pertumpahan darah, bantahan, penahanan dan tindakan terhadap media menggoncang negara pengeksport kelima terbesar dunia ini.

Jurucakap Majlis Kawal Selia memberitahu radio kerajaan bahawa badan yang mempunyai 12 anggota itu sudah mula meneliti sejumlah 646 aduan yang dikemukakan berkaitan pengundian pada 12 Jun lalu, yang keputusannya memihak kepada Presiden Mahmoud Ahmadinejad dengan 63 peratus undi berbanding 34 peratus yang diperoleh pencabar utamanya, Mir Hossein Mousavi.


Klik di sini untuk selanjutnya.

0 comments: