Sunday, June 21, 2009

TV Berwadahkan Islam: Kerajaan Serius?

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


TV Islam Medium Baru Sampai Mesej
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHwVGY29oyvjYTR8IL0nATNo-Bx8TX70SLMh0m0A0k8FC_QyMjE7DlukdML29f7q4ympzZGVTZP3Iy0C5sBGWjuxeaf2xNd7vyV09BsLKSXscMb9YEtJT2mtdiHgicz2gdcW_OYAT5at9M/s320/re_10.1.jpg
SENATOR Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom

YAN - Saluran televisyen Islam akan dilancarkan sebaik mendapat frekuensi bersesuaian dan bakal menjadi medium baru dalam menyampaikan maklumat tepat mengenai sesuatu perkara yang menyentuh syariat Islam kepada masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, berkata sebaik beberapa masalah teknikal dapat diselesaikan, saluran itu juga akan menjadi medan untuk masyarakat berinteraksi bagi membincangkan berhubung sesuatu perkara yang berunsur kerohanian.

"Siarannya adalah percuma kerana kita melihat ini adalah peluang terbaik untuk menyampaikan sebarang mesej kepada masyarakat terutama penduduk di kampung."


Klik di sini untuk olahan selanjutnya.


Komentar penulis: Sebenarnya, hasrat pihak kerajaan untuk membentuk suatu wadah penyampaian dan penyiaran yang berteraskan Islam adalah patut ketika ini. Namun, apa yang menggusarkan saya adalah konsep ini sendiri. Adakah ianya benar-benar akan dilaksanakan dengan pengisiannya menjurus ke arah aspek agama atau seperti yang terjadi pada TV9? Semoga apa yang diuar-uarkan oleh pihak berkenaan direalisasikan menjadi suatu kenyataan. Bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Renung-renungkan sejenak...

0 comments: