Tuesday, July 21, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 38)

“Amir, aku bukannya nak menyibuk dalam hal peribadi kau ni. Tapi, aku, sebagai sahabat kau, tak tergamak aku katakan yang kau sebenarnya dah melukai kedua-dua orang tua kau sendiri. Waima mereka bukan ayah dan ibu kandung kau, namun, kau kena fikir. Siapalah diri kau ni kalau bukan kerana mereka yang menjaga kau. Rela menyusahkan kehidupan mereka semata-mata membesarkan kau meskipun kau bukanlah darah daging mereka yang sebenar. Ada kau fikir pasal tu?” Panjang lebar ulasan yang diberikan oleh Nazmi terhadapku. Sedikit sebanyak aku berfikir dan cuba menyelami kata-kata yang diajukan terhadap aku. Ya. Mereka terlalu banyak mengorbankan segala-galanya demi kebahagiaan aku walaupun aku bukanlah salasiah yang berasal dari mereka sendiri. Mengapa aku terlalu beremosi mengenai status tersebut?

“Nazmi,” ujarku seraya memandangnya.

“Aku, aku, aku…” Air mata hangatku mengalir lagi. Entah ke berapa kali dalam hari ini, air mataku sangat murah sekali untukku alirkan.

“Amir, menangislah sepuas-puasnya. Jangan dipendamkan lagi. Luahkan segala-galanya. Aku sentiasa ada di sini,” jawab Nazmi. Aku bingkas memeluk Nazmi lalu menangis semahu-mahunya. Esak tangisan aku memecah ruang atmosfera wakaf. Kini, hanya satu saja yang akan aku lakukan kelak. Tekad aku telah membulatkan segalanya. Ya, aku perlu meluahkannya. Berulang-ulang kali aku merasakan gemaan ayat tersebut bermain di mindaku. Nazmi, kaulah sahabat aku dunia akhirat. Akanku ingat segala pengorbananmu itu. Lagu nasyid berjudul ‘Teman Sejati’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Brothers berkumandang di ruang telingaku. Baris-baris rangkap seni katanya cuba aku amati. Nazmi, lagu ini khas aku tujukan untuk kau, monologku sendirian di ruang kalbu.

Selama ini ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
Pada-Mu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah ku temui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni kasih Ilahi

Kepada-Mu Allah
Ku panjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah ku ungkapkan segala-galanya

Selama ini ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
Pada-Mu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah ku temui

*Teman
Bersamalah kita
Semaikan persahabatan ini dengan keimanan
Teruskanlah perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni kasih Ilahi

Kepada-Mu Allah
Ku panjatkan restu
Agar kita
Kekal bersatu

Kepadamu teman
Teruskan perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan
Telah ku ungkapankan segala-galanya
Itulah tandanya kejujuran kita

Ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci


Bersambung...

*Sekuel cerpan ini boleh dilayari melalui laman sesawang iLuvislam.com dengan tajuk thread [Cerpan] Konfrontasi Realiti Hati

0 comments: