Tuesday, July 21, 2009

Rahsia Di Sebalik Peredaran Zaman

Bismillah...

[hijauaward[2].png]

Assalamualaikum dan Salam Kasih kepada semua. Hmm, warkah kali nie hanyalah untuk menjawab soalan yang telah diberikan oleh saudara Mohd Zakiyuddin Mohd Zahari di dalam blognya. Terima kasih kerana memberikan 'soalan' tag yang sebegitu rupa. Meskipun sibuk dengan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa tahun akhir, namun, atas keprihatinan dan menghargai setiap apa yang diberikan, maka, saya dengan rela hatinya, menjawab soalan-soalan tersebut. Tapi, akan saya olah sedikit soaln berkenaan supaya ianya tidak membebankan terhadap mereka yang akan saya tag pula selepas nie.

Peraturan:
Anda hendaklah menulis 10 perkara mengenai zaman kehidupan anda semasa kecil, di mana individu tidak tahu mengenainya. Di akhir post anda, anda hendaklah memilih seramai 5 orang untuk ditag. Anda adalah individu yang amat bertuah seandainya ditag oleh saya kerana saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai zaman kecil anda dahulu.


10 Perkara Mengenai Saya Semasa Hayat Saya Kecil Yang Tidak Diketahui Oleh Individu Lain:
  1. Semasa umur baru mencecah 6 bulan, saya telahpun mencuba memakan makanan pedas. Ketika tue, mama baru saja selesai memasak ayam masak merah untuk juadah makan tengah hari. Hehehe. Sehingga kini, masakan ayam masak merah adalah antara makanan kegemaran saya.
  2. Di kala umur 5 tahun, saya pergi menemani abah ke tempat kerja. Ketika tue, abah masih lagi bergelar sebagai seorang pegawai tentera yang memegang jawatan sebagai Major. Abah menjadi ketua markas di salah sebuah pengkalan tentera di Kuching, Sarawak. Ketika sedang asyik berjalan mengekori abah, dengan tidak sengaja, saya terlanggar bucu kotak informasi yang terletak di luar laluan koridor pejabat abah. Alamatnya, saya dikejarkan ke klinik tentera yang berdekatan disebabkan pendarahan yang banyak. Jikalau tak silap saya, di bahagian dahi. Sehingga kini, parut tue masih lagi ada namun dah tak kelihatan sangat dah.
  3. Saya pernah hampir lemas semasa menghadiri sebuah majlis keramaian di Kuching, Sarawak. Namun, alhamdulillah. Nasib baik ada tali yang merentasi sungai terbabit. Saya sempat mencapai tali berkenaan dan yang menariknya, tiada seorangpun perasan yang saya hampir lemas ketika tue. Abah dan mama pun tak sedar. Biarlah ianya menjadi rahsia saya sendiri sehingga ke akhirnya (tak jadi rahsia sebab dah dinukilkan di sini).
  4. Saya pernah jatuh longkang besar semasa saya berumur 6 tahun berhampiran dengan rumah kuarters saya. Teruk juga luka yang saya dapat. Bercalar peha kanan saya ketika tue. Aduh, sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu.
  5. Saya pernah balik berjalan kaki pulang ke rumah seorang diri setelah tamatnya waktu persekolahan semasa Darjah 2. Ketika tue, abah terlewat mengambil saya kerana abah masih lagi meneruskan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia. Jam pada masa tue menunjukkan hampir pukul 6.30 petang. Jadi, saya pun pulang ke rumah. Apabila sampai saja di rumah, mama dan adik tiada. Maka, dengan hampanya, saya berjalan semula ke sekolah. Menunggu kedatangan abah. Semasa hampir nak tiba di perkarangan sekolah, abah tiba dengan keretanya. Pada masa tue, saya dengan geramnya menendang tayar belakang sebelah kiri kereta abah. Mana taknya, masa tue memang saya dah menangis keseorangan dah. Hehehe.
  6. Saya pernah jatuh basikal semasa saya Darjah 2. Maklumlah, teruja dapat basikal meskipun basikal tue milik adik saya. Apa lagi, basikal tue pula yang berada di atas badan saya. Hehehe.
  7. Saya pernah terseliuh dengan teruk di tangan kanan saya semasa saya Darjah 3. Memang teruk saya jatuh. Siku kanan saya terkeluar dari posisinya sehingga menghasilkan bentuk seakan huruf 'S' apabila cuba diluruskan. Eii, mengerikan.
  8. Saya pernah diminati oleh seorang budak perempuan semasa saya Darjah 5. Pada masa tue, saya baru saja berpindah ke Selayang, tempat asal saya dilahirkan. Sekolah tersebut merupakan sekolah lama saya semasa saya Darjah 1 lagi. Namun, biasalah, ketika tue saya masih lagi rasional. Saya menolak permintaannya. Lagipun, budak perempuan tue anak cikgu Bahasa Inggeris di sekolah tersebut. Baru saja 3 bulan belajar kat sekolah tue, dah ada orang minat. Aduhai...
  9. Saya pernah menyukai seseorang semasa saya Darjah 6. Dia merupakan puteri buluh perindu di sekolah. Mengapa? Sebab dia merupakan salah seorang pelajar yang bergiat aktif dalam bidang seni suara. Pelbagai acara peringkat daerah sehingga ke peringkat negeri disertai olehnya. Namun, saya hanyalah meminatinya. Tak pernah nak luahkan perasaan saya terhadapnya sebab saya sedar di usia yang sebegitu, bercinta adalah sesuatu perkara yang tak relevan.
  10. 4 kali berturut-turut di tempat pertama. Semasa saya Darjah 5 dan 6, saya mendapat kedudukan nombor 1 di dalam kelas setiap kali peperiksaan penggal menjelma. Saya rasa tuelah antara pencapaian yang terbaik yang pernah saya kecapi dalam bidang akademik semasa berada di bangku sekolah. Alhamdulillah.
Setakat nie saja yang saya rasa mampu saya kongsikan bersama dengan anda semua. Walau apapun, terima kasih ya saudara Zaki kerana tagged saya. Sebelum diri nie mengundur diri, nielah senarai 5 orang individu yang bertuah untuk saya tag.
  1. Panod
  2. Aimran
  3. Shikin
  4. Farid
  5. Semua kenalan blog saya
Sekian, wassalam.

0 comments: