Friday, July 3, 2009

Entah Mengapa...

Salam semua. Hari nie dah pun menjengah usia baru. Hari Jumaat jikalau berpandukan pada jam laptop aku yang menunjukkan pukul 12.05 tengah malam. Minggu nie, Insya Allah, merupakan minggu terakhir aku menjalani latihan industri di FRIM. Kurang seminggu dari syarat yang termaktub oleh peraturan Pelaksana Latihan Industri Peringkat Fakulti. Hmm, penyelia industri aku telahpun memberikan kebenaran untuk aku melabuhkan perjalanan awal aku di FRIM nie. Terima kasih yang tidak terhingga untuknya kerana memberikan kebenaran tersebut. Semoga Allah merahmati perjalanan hidupnya. Terlalu banyak pengajaran dan pengalaman yang diberikan dan didedahkan kepada aku secara langsung mahupun tidak. Tidak terjangkau rasanya ilmu dan pengalaman yang aku peroleh di sini.

Namun, entah mengapa malam nie hati aku terasa sayu. Hiba. Adakah kerana aku mengenangkan suasana dan situasi yang aku lalui minggu lepas? Perginya seseorang yang tiba-tiba datang menjengah ruang jendela mindaku.

Ah! Nie semua mainan syaitan. Dia bukannya layak untukku. Tidak halal bagiku untuk mengumamkan namanya. Ya Allah, bisanya panah syaitan sekiranya diri nie memang lemah kudrat imannya.

Biarlah insan tersebut berlalu pergi tanpa meninggalkan sedikitpun kesannya terhadap diriku.
Biarlah dirinya mencari insan yang berhak untuk hatinya.
Biarlah dia mencari erti sebenarnya yang ingin dikecapi dalam hidupnya.
Aku di sini hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya.
Semoga dirinya berjaya dalam hidup nie.

Terima kasih FRIM kerana menerima diri nie untuk menimba segala-galanya, secara formal mahupun tidak. Insya Allah, akan aku jejak ke sini lagi jika diizinkan oleh-Nya. Memori yang singkat namun penangannya amat mendalam.



0 comments: