Saturday, July 4, 2009

Hantaran Khas Untuknya

Salam Ceria semua. Alhamdulillah, akhirnya detik yang ditunggu-tunggu hampir tiba. Hanya nak kira saja setiap saat yang berlalu hingga terbit waktu tue. Semoga hantaran yang disediakan selama lebih 2 bulan nie membuahkan hasil yang setimpal. Mari, kita lihat sama-sama apakah senarai hantaran yang bakal aku hulurkan kepadanya kelak.

Nielah hantaran yang paling penting sekali. Tiada benda nie, alamatnya, kena ulang semulalah jawabnya. Huhuhu...
Laporan LI yang telah siap dijilidkan. Alhamdulillah, syukur.
Laporan di atas tue adalah salinan untuk fakulti manakala yang di bawahnya pula untuk aku. Sakit juga nak buat laporan ala-ala thesis nie.


Nie pula adalah borang permarkahan yang telah disampulkan oleh penyelia industri aku. Confidential tahu. Borang yang berwarna biru tue pula adalah borang soal selidik berkaitan dengan kursus yang ditawarkan oleh fakulti aku yang bakal menyaksikan pengambilan pelajar bagi proses pembelajaran 4 tahun, sejajar dengan kehendak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Dan nie pula adalah buku log aku semasa menjalani LI. Habis segala benda dan isu aku letak dalam catatan LI nie. Biar ianya jadi selengkap mungkin. Hehehe...

0 comments: