Saturday, July 18, 2009

Langit Tak Selalunya Cerah

http://www.deskpicture.com/DPs/Nature/PartlyCloudy.jpg

Assalamualaikum dan Salam Warkah. Mesti kalian semua tertanya-tanya mengapa tajuk warkah aku kali nie mempunyai nada sebegitu. Haa, nie yang nak khabarkan kepada kalian semua nie. Sebenarnya, pada hari Khamis lepas, bertarikh 16 Julai, aku bersama-sama dengan beberapa orang rakan seangkatan yang berada di bawah seliaan penyelia *PSM aku, telah menghadap dekan aku di Makmal Mikrobiologi yang bertempat di C08. Sila rujuk peta kampus *UTM Skudai untuk mengetahui lokasi berkenaan dengan lebih lanjut.

Apabila tibanya di lokasi tersebut, kami semua diberi penerangan oleh penyelia aku bersama-sama dengan beberapa orang pelajar pascaijazah serta pensyarah kanannya. Tatkala beliau memulakan penerangan tersebut, sedikit sebanyak, akhirnya aku mengerti bahawa mengapa beliau tidak membalas sebarang email yang dihantar kepadanya semasa aku masih lagi menjalani *LI tempoh hari berkenaan dengan tajuk projek aku. Rupa-rupanya, beliau mempunyai beberapa buah projek yang memiliki potensi besar untuk dikomersialkan di peringkat antarabangsa kelak. Ia juga turut melibatkan penerbitan jurnal di mana nama-nama kami, Insya Allah, akan diterbitkan dalam jurnal terbabit. Haa, bayangkan, betapa terkejutnya aku apabila mendengarkan penerangan terbabit bahawa tajuk yang sebelum nie digugurkan olehnya dan digantikan dengan tajuk projek yang baru. Apa perasaan kalian apabila mendengar situasi tersebut? Hanya diri masing-masing saja yang mempunyai idealisme dan pendapatnya tersendiri.

Memang benarlah kata pepatah Melayu. Langit tak selalunya cerah. Apa yang kita harapkan sebelum nie tak selalunya menjadi realiti dan mengikut apa yang kita impikan. Hanya Dia saja yang tahu apa yang terbaiknya untuk diri kita, hamba kepada-Nya. Sehingga ini, aku perlu memulakan proses PSM aku nie dari takuk permulaan. Ya Allah, kau bantulah hamba-Mu nie untuk melalui liku-liku cabaran hidup yang penuh dengan onak duri nie.

Langit tak selalunya cerah. Semoga dengan bait-bait perkataan nie mampu memberikan aku peringatan di hari-hari yang seterusnya dalam menyelusuri hidup yang kian mencabar. Amin...


P/S: Antibacterial Activity of Surfactant Zeolite, Silver Zeolite and Surfactant-Silver Zeolite against Bacillus substilis. Aduhai, makin rumitlah hidup aku sepanjang pengajian aku di tahun akhir nie. Huhuhu...

*PSM = Projek Sarjana Muda
*UTM = Universiti Teknologi Malaysia
*LI = Latihan Industri

0 comments: