Wednesday, July 1, 2009

Minggu Haluan Siswa Sesi 2007/08

Indah tapi merana. Tuelah ungkapan yang mampu aku terjemahkan sewaktu terpaculnya perkataan Minggu Haluan Siswa atau nama akronimnya MHS. MHS nie dianjurkan oleh setiap institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai medium dan wadah persediaan kepada para mahasiswa baru yang akan menjalani kehidupan di universiti. Selalunya, MHS dan sewaktu dengannya nie diadakan bagi mendedahkan para mahasiswa terhadap suasana awal universiti dan cara kehidupannya agar mereka tidak melalui suasana atau situasi yang diklasifikasikan sebagai kejutan budaya.

Namun, seringkali ada yang merintih kepenatan kerana jadual yang padat terpaksa diharungi oleh barisan mahasiswa baru yang mendaftar pengajian mereka di universiti sejak bermulanya hari pertama lagi. Sudah lumrah, agenda MHS terlalu banyak untuk diharungi sehinggakan tidak dihiraukan sama sekali keadaan yang terpaksa dilalui oleh mahasiswa-mahasiswa tue sendiri. Sebilangan mahasiswa kanan atau senior yang dilantik oleh pihak universiti dalam menguruskan lagi kelancaran MHS nie juga tidak terlepas dari keluhan kepenatan yang melanda diri mereka.

Namun, tue adalah persepsi lama. Kini, MHS sudah diberi nafas baru bermulanya pada sesi pengambilan tahun nie, di mana ia memperlihatkan suatu transformasi mahasiswa yang ingin direalisasikan oleh orang kuat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sendiri, iaitu Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Ujang dalam melahirkan mahasiswa yang mencakupi kesemua tujuh atribut modal insan. Di sinilah bermula ideologi yang membawa kesinambungan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) sejak melangkah masuk ke persada pintu gerbang hingga ke genggaman segulung ijazah kelak.

Baiklah. Di sini aku ingin berkongsi beberapa keping gambar semasa aku melalui MHS dahulu. Sebagai kenangan yang menyingkap kembali perjalanan kelana hidup aku hingga kini. Ibarat seperti setiap yang berakhir pasti adanya permulaan.

Gambar posing semasa menjalani latihan sempena Sukan MHS bersama-sama dengan pengurus pasukan, Abang Mawi


Gelagat di hari pertandingan. Penulis (berbaju putih) bersama-sama teman seperjuangan, Zulfahmi, Fawwaz, Alif, Benbela, Saiful, Faizal, Qayyum, Raja dan Zairul


Inilah yang dikatakan keluarga bahagia. Walaupun berlainan latar belakang, namun, itu semua bukan penghalang bagi membina suatu ikatan mesra di antara senior dan junior kolej


P/S: Rindunya aku dengan kalian semua. Apa khabar agaknya kalian ya ketika ini?

0 comments: