Wednesday, July 1, 2009

Pengecualian Yuran: Mahasiswa Cemerlang UTM

Ihsan dari sumber Berita Harian Online


Mahasiswa UTM Cemerlang Diberi Pengecualian Yuran

MOHAMED Khaled Nordin diiringi Ir. Zaini Ujang (kanan) melancarkan laman web sistem profil My Tag di UTM, Skudai, semalam

JOHOR BAHRU 30 Jun - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan memberi pengecualian yuran antara RM550 hingga RM700 kepada mahasiswa cemerlang yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 4.00 bagi setiap semester.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Zaini Ujang berkata, antara penuntut yang akan diberikan pengecualian yuran itu ialah bidang teknologi sebanyak RM700, sains gunaan (RM660) dan sains ikhtisas (RM550).

Beliau berkata, langkah itu bertujuan melahirkan lebih ramai mahasiswa berkualiti untuk mendapatkan ijazah kelas pertama dan pada masa yang sama menarik lebih ramai pelajar untuk melanjutkan pengajian di UTM.


Klik di sini untuk maklumat selanjutnya.


Komentar penulis: Usul dan langkah yang diterapkan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Ujang ternyata memberikan suatu anjakan dan dimensi yang baru terhadap persekitaran dan suasana budaya ilmu yang ingin dilaksanakan oleh beliau. Semoga langkah ini merupakan detik bermulanya kemaraan mahasiswa UTM di masa akan datang dalam memacu kegemilangan negara.

0 comments: