Thursday, August 20, 2009

Bermulanya Bahtera Perjalanan PSM...

Salam Muhibbah. Alhamdulillah, akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga mahasiswa Fakulti Biosains & Biokejuruteraan (FBB) menjadi realiti. Hari pmebentangan proposal Projek Sarjana Muda (PSM) yang diadakan bermula kelmarin, 19 Ogos, bertempat di 3 lokasi berbeza, iaitu di C08 408, C08 409 dan Bilik Mesyuarat C08. Pembentangan proposal di ketiga-tiga lokasi berkenaan dijalankan serentak bermula jam 2 petang. Sesi berikutnya akan disambung pada 26 & 27 Ogos hadapan.

Situasi di Bilik Mesyuarat C08

Situasi di kelas C08 409

Situasi di kelas C08 408

Memang tak dapat dinafikan lagi bahawa proses pembentangan ini merupakan kali kedua diadakan secara rasmi, di mana seluruh mahasiswa tahun akhir diberi pendedahan bagaimana untuk membentangkan hasil kerja dan projek kajian masing-masing dalam suasana dan simulasi sebenar sebelum melangkah masuk ke simposium sebenar yang wajib dihadiri semasa berada di semester akhir kelak. Jadi, sekurang-kurangnya 2 orang panel penilai akan menilai setiap mahasiswa yang akan memmbentangkan hasil kajian mereka. Meskipun ini hanyalah sekadar pembentangan proposal, namun, jika proses tersebut diambil enteng oleh mahasiswa, maka, kemungkinan besar tajuk kajian mereka akan ditolak dan diminta untuk mencari tajuk yang baru dengan merujuk semula kepada penyelia mereka masing-masing. Betapa gusarnya saya ketika mendengar situasi terbabit.


P/S: Kepada mereka yang akan membentangkan proposal PSM pada sesi akan datang, marilah kita bersama-sama mengharungi dengan jayanya. Amin...

0 comments: