Monday, August 24, 2009

Cerpan: Konfrontasi Realiti Hati (Bahagian 43)

“Waalaikumsalam. Eh, Nazmi. Apa khabar? Sihat?” balasku.

“Alhamdulillah, sihat. Kau pula macam mana? Dah lama kita tak berjumpa ya? Rasanya dah lebih dari 5 tahun,” ujar Nazmi seraya memeluk tubuhku. Erat.

“Yup. 5 tahun dah. Akhirnya, ketemu juga kita. Kau buat apa sekarang ni? Sejak kau menyambung pengajian kau ke Jerman dulu, sejak tu aku dah putus khabar daripada kau.”

“Aku? Aku sekarang ni balik bercuti. Cuti semester. Lepas ni aku akan terbang semula ke Jerman. Dalam tempoh 2 tahun lagi aku tamatlah pengajian kedoktoran aku,” terang Nazmi. Wajahnya tampak ceria.

“Alhamdulillah, hebatlah kau. Akhirnya, cita-cita kau termakbul jua. Jadi, berapa lama kau cuti?”

“Aku cuti dua bulan. Malas aku nak duduk lama-lama kat Jerman tu. Rimas aku dibuatnya. Lebih baik aku balik Malaysia. Boleh jugalah aku tolong keluarga aku. Eh, kau pula macam mana? Dengar khabar, kau dah graduate pengajian kau. Betulkah?”

“Ya, betullah tu apa yang kau dengar. Sekarang ni impian aku dahpun tercapai. Alhamdulillah, syukur kepada-Nya. Tak sia-sia usaha kita selama ni, Nazmi.” Aku menepuk-nepuk bahu Nazmi.

“Alhamdulillah, berkat usaha kita bersama, akhirnya membawa kita ke arah cahaya kejayaan. Eh, kau buat apa kat sini? Siapa yang kau ziarah?” ujar Nazmi setelah terjengket-jengket kakinya mencari lokasi yang telah aku lawati. Dirinya tertanya-tanya. Riak wajahnya seakan-akan ingin mengetahui perkara duduk sebenar.

“Aduhai, mengapa sekarang mesti kau bertanya soalan sebegini, wahai sahabatku.” Hatinya berperang dengan dirinya. Dirinya ingin melarikan diri daripada menjawab persoalan itu.

“Aku… Aku ziarah kubur ayah dan ibu aku.” Aku cuba berselindung dari perihal yang sebenar. Sememangnya aku menziarahi kubur ayah dan ibu. Cuma, aku selindungkan hal yang lagi satu daripada pengetahuannya.

“Oh, jom. Aku hantarkan kau balik ke rumah. Tapi, sebelum tu, singgah rupa aku dulu. Bolehlah kita borak panjang. Jom,” pelawa Nazmi. Aku mengangguk tanda setuju. Namun, hati aku mula berasa gelisah.

“Ya Allah, mengapa dengan aku ni? Gelisah tak tentu pasal.” Monologku di dalam hati. Kakiku melangkah menuju ke kereta masing-masing. Nazmi mengisyaratkan supaya aku mengikutinya terus ke rumahnya sebelum memasuki ke kenderaan persendirian.

Aku mula menghidupkan enjin kenderaan BMW EX5 kesayanganku. Hatiku masih lagi dilanda perasaan gelisah yang teramat.

“Astaghfirullah. Mengapa dengan aku ni?” Getus hatiku sendirian.


Bersambung...

2 comments:

err ni cerpen ke cite reality ek?ehehe..tnye je..jgn mare..;)

Nie sekadar cerita yang direka mengkiut pengamatan kisah hidup insan lain...

Tak marah pun...
Kalau ikut orang yang rapat dengan saya, mereka selalu berkata yang saya nie terlalu sangat menggunakan bahasa yang kurang difahami...

Jadi, saya agak, akak pun mesti blur kan dengan cerita nie...
:)