Sunday, August 23, 2009

Kelebihan Ramadhan al-Mubarak: Suatu Kesempatan

Abu Hurairah menyatakan: "Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
Hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, dan Baihaqi

Daripada Abu Hurairah: "Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."
Diriwayatkan oleh Imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban, dan Baihaqi

Abu Hurairah telah berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad, dan Baihaqi

Daripada Abu Hurairah telah berkata: "Rasullah saw telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan: Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! Adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda saw bersabda: Adapun perjanjian, maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (Islam).
Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: "Rassullah saw telah bersabda yang bermaksud: Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa, maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa, maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad di tangan-Nya, maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah,
Ibn Habban, dan Baihaqi



0 comments: