Thursday, August 6, 2009

Intellectual Discourse Lagi?

Assalamualaikum dan Salam Bahagia. Pada hari Rabu yang lepas, bersamaan dengan 5 Ogos 2009, sebuah program yang dinamakan 'Intellectual Discourse' telah diadakan di C08 408. Nie adalah program kedua seumpamanya diadakan setelah ianya dilaksanakan pada minggu lepas. Sepatutnya, minggu nie telah bermulanya sesi pembentangan proposal bagi Projek Sarjana Muda (PSM) untuk fakulti saya.

Penceramah, Dr. Majed Abd Kadeer semasa sesi berkenaan

Sebahagian para pelajar dan pensyarah yang turut hadir semasa sesi berkenaan

Namun, disebabkan hadirnya tetamu khas dari luar, maka program berkenaan perlu dilaksanakan dan sesi pembentangan tersebut dianjakkan tarikhnya 2 minggu dari sekarang. Alhamdulillah, dapatlah juga saya bernafas untuk seketika meskipun tiada ruang yang secukupnya untuk melepaskan lelah sepuas-puasnya. Tajuk Intellectual Discourse nie adalah 'Selective Topics in Molecular Biology and Organic Chemistry' dan penceramahnya berasal dari Yaman. Dr. Majed Abd Kadeer yang berkelulusan dalam bidang Protein Crystallography dari Nottingham.


P/S: Kini, diri saya masih lagi sedang bertungkus lumus menyiapkan slide presentation yang bakal ditunjukkan kepada penyelia saya pada esok hari. Aduhai...

6 comments:

yen said...

hahahaha
aku x datang pun talk ni
ramai gak x datang kan????
dengar kata dr shafinaz marah giler
huhuhhu

Yup...
Dr Shafinaz bengang...
Minggu nie, dia nak betul2 ambil kehadiran...

Jadi, nak tak nak, aku kenalah pergi minggu nie...
Huhuhu...

yen said...

tapi time aku g masa mamat jepun pnya talk tu
dia x amek lak attendance
wat penat jer

Owh...
Talk daripada penceramah Jepun tue?
Yang tue tak silap aku under Dr. Zaharah...
Sebab tue dia buat tak endah kot...
Huhuhu...

yen said...

just nak gtaw
talk sok (12-08-09)
ada attendance
sapa bdk final year x pegi
markah psm kena potong
10 mark
kak ina gtaw

Thanx Yen...
Insya Allah, aku datang nanti...
:)