Sunday, August 16, 2009

Kesibukan Bermaharajalela

http://dianechamberlain.com/blog/uploads//2008/02/iStock%20workload.jpg

Hidupku kini disirami dengan suasana sibuk yang tidak tahu bila ianya akan berakhir. Namun, itulah hakikatnya kehidupan sebagai seorang pelajar. Tidak pernah lekang daripada kesibukan yang sentiasa meniti sepanjang laluan seiring dengan perjalanan seseorang pelajar tersebut.

Seringkali, aku pernah terfikir, sejak bila aku mempunyai kehidupan aku yang agak bersenang-lenang? Sepanjang pengamatan hidup aku sehingga kini, aku belum pernah lagi merasai hidup yang agak relaksdan bersahaja. Sejak aku di bangku sekolah lagi, aku selalu saja tidak pernah melekat di rumah tercinta. Ada saja perkara dan hal yang perlu aku selesaikan. Hmm, mungkin benar apa yang diperkatakan oleh teman-teman aku semasa aku di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dahulu.

Teman 1: Fahmi, kau nie asyik sibuk aje? Mengalahkan perdana menteri. Perdana menteri tak macam kau, tahu?

Teman 2: Kau nie ke mana, Fahmi? Sibuk memanjang aje. Sampaikan masa dengan kitorang pun kau tak ada.

Teman 3: Kenapa dengan kau nie, Fahmi? Dari tadi lagi aku tengok kau nie asyik mengelamun aje. Apa yang merunsingkan kau nie? Ceritalah kat aku.

Teman 4: Fahmi, tadi Pn. Rabiah nak jumpa kau. Ada perkara penting katanya. Pn. Nora pun nak jumpa kau juga. Haa, baru aku teringat. Tadi, En. Jasmin ada benda nak bagi kat kau. Pasal raptai untuk perbarisan kejohanan sukan sekolah nanti.


Begitulah senario kehidupan aku terdahulu. Tak pernah lekang daripada kesibukan yang sentiasa mencari dan memburu bayang-bayang aku. Sehingga kini pun, aku masih lagi terasa senario yang sebegitu rupa. Namun, yang amat menghairankan aku, mengapa aku seringkali tidak menyedari yang aku terlalu sibuk? Hanya teman-teman rapatku yang seringkali mengutarakan pertanyaan yang sebegitu rupa. Adakah aku nie sebenarnya telah lali dengan kehidupan yang sebegini rupa atau sebenarnya mereka yang berada di sekeliling aku ni risau dengan pergerakan aktif aku nie? Hmm...

0 comments: