Sunday, August 16, 2009

Ke Mana Arah Tujuku Kini?

http://www.dukembanetimpact.org/img/Direction.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Minggu nie, bermulalah sebuah coretan kehidupan aku yang terlalu sibuk dan memenatkan. Segala tugasan yang diberikan oleh para pensyarah menampakkan bahawa tiada lagi jalan keluar dan pintas untuk mencari secicip kedamaian dan keharmonian yang digilai oleh setiap insani.

Namun, saya amat terkesan dan terkesima dengan ucapan dan perkataan yang diberikan oleh salah seorang pensyarah saya secara bersahaja, namun penuh makna.

Pensyarah: Saya mahu pelajar saya yang berada dalam kelas ini benar-benar mencapai standard dalam memiliki degree anda nanti. Saya tak mahu ada di kalangan anda yang keluar dari universiti ini hanyalah berdasarkan degree berkenaan namun tiada apa yang boleh dibanggakan. Saya mahu graduan yang keluar dari universiti ini mempunyai high quality.

Begitulah ayat-ayat yang diucapkan olehnya. Sehingga ke hari nie, saya masih lagi memikirkan baris ayat-ayat tersebut sehinggakan saya terbawa-bawa dalam setiap episod perjalanan diri saya. Hmm, memang benar apa yang diperkatakan oleh beliau. Saya sendiri tidak pasti apa yang saya pelajari selama saya berada di universiti nie mampu memberikan sesuatu yang bermanfaat dan berguna terhadap masyarakat.

Ya Allah, aku mohon pada-Mu. Berikanlah ilmu yang bermanfaat kepadaku agar aku mampu memberikan sesuatu yang berguna dan bermanfaat terhadap mereka yang berada di sekeliling aku. Berikanlah kefahaman yang tinggi terhadap apa jua ilmu yang aku pelajari dan juga aku mampu untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

0 comments: